Sunday, December 6, 2009

Billboard yg pelik2








Korang pernah jumpe x billboard camni?

Wednesday, November 25, 2009

Fakta sejarah yg sengaja dilupakan

Selama 5 tahun aku belajor subjek Sejarah ..baru aku tahu tentang sesuatu sejarah yg xpernah ku tahu,xpernah dengor,xpernah bace...so..aku nak kongsi dgn korang semua...bace jgn xbace..penting ni tau!


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepasnya

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi


Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...=)

catitanku~ jangan marah jangan geram..diriku juga hangin ngan kisah sejarah ni..hihihi..patutla disembunyikan..mau sesat bebudak sekolah blaja.;p

Monday, November 23, 2009

Akhirnya....boleh jugak..



Lama aku xupdate blog nie..setelah lama menunggu akhirnya boleh jugak aku terjah..kenapa baru2 ni tbe2 je kat UIA xleh bukak google?ramai org yg kepelikan...dan ramai jugak yang tibe2 membuat andaian sendiri...UIA blok google???termasuklah AKU...knp blok google?knp xblog friendster n facebook?knp2??maka bergondong-gondong lah org yg tertanya2..terutama org yg berblog bukan goblok..yg pasti sampai hari ni aku pun xtau knp sebabnya...Pada suatu hari...aku a.k.a pelajar BAR yg selalu xde kelas,permulaannya aku cari maklumat gune yahoo untuk buat kerja sekolah a.k.a assigment yg diberi oleh cikgu @lecturer ..tbe2 aku rase nk bergoogle... disebabkan dah lame xleh gune... aku xmengharapkan pun dari google...saje2 nak try test jer...bak kate org ganu 'acu cube tera test'....acu muradif cube muradif tera/try muradif test....eh...mcm bhs arab pulak..okay sambung balik cerita tadi..Tibe2 boleh pulak gune google...tanpa membuang masa,maka tergendala lah sebentar pencarian maklumat aku kat google tu...disebabkan dah lame xupdate blog...aku pun dengan penuh excited tersign in blog aku.....success!!aku boleh sign in!!disebabkan terlalu gombira sebab buleh sign in,aku yg mula2 ade bnyk idea nk update blog sebab dah lame xupdate..tber2 aku blurr...mungkin sebab dah lame kot??ye ke?macam makanan lame2 dah busuk...busuk kene buang..or aku lupa nk tulis ape...aku kan pelupa...last2 first post aku lepas berjaya terjah blog ni..artikel ni lah...hhehe..maka ini lah post aku yg terbaru untuk kalian semua...selamat membaca...terima kasih lah kerana sudi mendengar crita2 idup aku...yg bosan ni...wokeyh......sampai disini dulu berjumpa lagi dalam episod yg lain di siaran yg same...tata...nak sambung balik kerja yg tergendala tadi...ilalliqo!!ilalliqo!! salam






p/s: aku xbalik raye haji..waaa..balik umah kawan...yeayy...best naik keta api macam kat atas ni....

Monday, November 9, 2009

Couple or Trouble

Salam Ukhwah..hari ni,ingin ku kongsikan artikel yg amat bermanfaat ini kepada sahabat2 ku yg disayangi..Jgn tersalah anggap dgn tajuk Couple Trouble..Mungkin ade yg fikir Couple or Trouble ni berkenaan dgn cerita korea..atau mungkin xtau langsung pun..xpe2 bace dulu..Semoga kita dapat manfaat darinya..aamin..

Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.

Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.

Namun, adakah amalan berkapel ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini? Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…

Terdapat ramai pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka berkapel kononnya cara Islamic, tetai mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebgai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam”
Surah Al-Ankabut : 38

Kapel adalah sebahagian drp zina…
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”
Surah Al-Isra’ : 32

Kenapa kapel dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.

Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan kapel ni, kita tetap tdk dapat elakkan daripada zina hati.

Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN kapel sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup.So pasni boleh la kita pilih Couple or Trouble..Semoga kita dilindungi oleh ALLAH.. Sekian. . .

Thursday, November 5, 2009

Banyak Aku xtahu,Hari ni..aku baru tahu yg......

Ari ni aku ade kelas BTQ,Basic Themes Of Al-Quran...
Second Class tapi first lessons,Madam Ariyanti...madam tapi aku selalu tersasul panggil miss sebab muda lagi...mcm xkawin lg..

Aku blajar tajuk pertama iaitu al-Hidayah-Guidance

Pertama skali yg aku br tahu rupa2nya hidayah tu maknenye any guidance or direction that ensures person to reach his objective,though this objective is against the Syari'ah of ALLAH...


Hidayah ade 2 satu hidayah aamah dan khossoh..am dan khas..am,ALLAH bg kat semua org ade...khas pulak Allah akan bg kat sape yg Allah sayang dan sape yg Dia nak...


Faj atan(tibe2),nashrah tanye lah..."madam,how we should say if person ask,if Allah give hidayah khossah,so he would say Allah is not fair becoz He do not give hidayah khossah to all person...? Madam pun jawab lar...."hidayah ni,if we want to get hidayah from Allah,we should have an effort or we have to work to be a better person..InsyaAllah Allah will give it ..bukan datang bergolekkkkkkkkkkk......

yg kedua aku baru tahu yg knp Allah bg suruh lebah buat madu kat tempat tinggi2....rupanya madu ni memrlukan tempat yg tinggi untuk lindungi madu...madu ni kn berada tmpat yg sejuk..


yg ketiga aku baru tahu knp ALLAH buat hives dengan bentuk pentagon bukan bulat sebab kalau pentagon hives lebah ni akan jd kuat dan compact..



yg kempat aku baru tahu yg lebah ni pekak,so biler die nk berhubung atau bercakap dgn lebah2 lain dia akan menari...patutlah aku pernah tgok dalam kartun lebah menari2...




yg kelima aku baru tahu semut ni pandai 4 bahasa...aku pun xde lah boleh ckp sampai bnyk camtu...ni mmg pelik...first time aku dengar


yg keenam aku baru tahu yg biler kucing sakit dye akan makan rumput...jadi kalau tgok kucing makan sakit maknenye dia rumput...eh terbalik...malas plak nk padam..kalau tgok kucing makan rumput maknanye dye sakit...


yg ketujuh aku baru tahu yg spider ade 8 mata...dan sebenarnye spider buta..dia cuma guna sense dia je...hebatnya Allah..Subhanallah...


Mungkin ade yg dah tau semua ni..tapi aku jer kot yg cam xcited sebab baru tau..Aku kagum ngan Allah....yg Maha Bijaksana...Terlalu luas ilmu Allah....bnyk mende aku xtau...








Thursday, October 29, 2009

Bermulanya sem 2

Sem 2 bermula 27hb Oktober.26hb tibanya aku di UIA Nilai pada 5.15 pagi(lebih kurang)sebelum subuh...

26hb tu aku n sotin pegi beli barang dekat Grand Union pada waktu petang...kami bersembahyang kat Masjid Nilai...disebabkan mempunyai urusan..selesai sudah...kami terus menuju ke department quranic language untuk salin jadual..mak aih...penuh lagi...mcm waktu siang td..masa waktu siang tu mmg penuh yg teramat sngat...mcm duk dalam tin sardin..aku tempuhi jugak..untuk salin jadual aku tu...biler nk kuar mmg satu masalah...aku kene berhimpit lagi ngan org..disebabkan terlalu ramai dan aku ni mmg pendek...aku xnmpak yg ade mcm kotak yg besar yg melekat kat dinding berwarna merah...aku xreti nk bg tau tu ape...tapi bnyk lampu2 dlm tu..suis2 kot?aahaha....aku terhantuk kat situ...argghhh!sakit betul kepala..sampai sekarang benjol lg...biler aku dah terhantuk..mmg ade bunyi la..semua org dengar....semua org pandang kat aku..malu giler...tapi yg bestnye...mmg ade hikmah jugaklar...tiber2 semua org bukak jalan...bagi laluan kat aku...eheehe terus senang je aku kluar..


27hb oktober..

waktu ni still sibuk..mengikut jadual aku ade kelas..tapi aku xg pagi...bukan aku jer sebenrnye..ramai lar jugak..satu dorm aku xpg..sebab xdan..nk urus check in lagi...registration lg..tapi petang aku pegi kelas..kelas istima'...mendengar...subjek bhs arab..sepanjang aku duk kelas.. tengkuk aku sentiasa panjang..disebabkan lecturer aku ckp bhs arab penuh...aku pandang tepat2 kat muka die..kadang2 kat mulut die..nk tgkap ape yg die ckp...kih3..mmg xsandar kat krusi mase kelas istima'..

28hb oktober..

hari ini..aku lg skali kene urus pasal add n drop subject sebab komputer tu tersalah letak subjek aku..bukan aku jer ramai jugak lar...tapi aku pegi urus dgn wan fatimah..kitorang ade kelas kalam,speaking...bhs arab lar..kul 11.00 pg..sebenarnye aku n wan dah exempted...tapi nk jadi mustami' jelah...jd kitorang xyah perikse nanti..untuk subjek ni.nk g nuntut ilmu lar katekan..tapi kitorang terlambat...masuk kelas 11.15...mase nk masuk kelas..malu giler..
lame duk kat kuar pintu.... pikir nak ckp english ke arab...pastu takut sebab lambat..wan ckp die xreti speaking arab..aku pun lg xreti...last2 aku ketuk pintu tapi wan xnk masuk..aku pun xmasuk...aku ckp kat wan suruh masuk jer...last2 lecturer bukak pintu wan pun bukak pintu (serentak)
wan pun tubik terus bhs inggeris die..."sorry ustaz we r late bcoz we went to department..lebih kurang gitu r..
masa tu aku tgok lecture mcm nk marah..takut aku.

pastu wan ckp lagi.. "i m sorry i cannot speak arabic as well as my english.....kitorang pun ambek la tempat duduk masing2
pastu wan terus kan lagi..ustaz i have a question..me and amira...
ustaz sampuk
"speak arabic"
"i cannot speak arabic as well as my english"
"its ok try"
wan sambung lg...."me and amira"
ustaz-"ana wa amira"
wan-"me and amira"
ahhaah
last ckp arab campur english.....budK2 lain gelak jer tgok..

ustaz pun ckp la..U exempted in speaking...why u dont speak?
wan-"im shy"
ustaz -"why u shy? u dont have to feel shy...

gitu lah lebih kurang...pas ni...aku dah serik datang lambat...dah la duk blakang skali..lagi panjang tekak aku nk tumpu ape yg lecturer ckp...first time aku duk blakang skali mase tu...dah la first class...

harapan aku ,aku nak sangat2 boleh ckp arab fushah...and aku leh kuasai ilmu nahu...mmg payah bg aku..aku takut aku xbleh nk dapat ilmu..ya Allah...bantulah hamba mu ini...bantulah sahabat2 aku untuk mununtut ilmu-Mu juga..aaamin...

Sunday, October 25, 2009

Nak kongsi pe yg aku ade...

Gambar 1



Kubur Rasulullah صلى الله عليه وسلّم



Gambar 2


nilah rambut Rasulullah صلى الله عليه وسلّم....nampak x?

Saturday, October 24, 2009

Berakhirnya Sem 1..



Salam ukhwah..sedar x sedar bukan sahaja sem 1 yg dah lepas rupe2 nye cuti sem 1 pun lg dua hari dah nak berakhir..

2 hari lepas result yg ku tunggu2 dah kluar..mengikut informer2..result kluar 22hb 10 slps pukul 5.00 ptg...naseb baiklah aku cek awl...xclp aku dalam kul 5.05 ptg aku dah cek..kalau x..jd macam kawan2 aku yg lain la..kene cek ari keesokkannya..sebab jam...kesian diorang xsabar2 nk tgok last2 kene tunggu lg satu hari..




Alhamdulillah..aku bersyukur yg amat sangat..mungkin pointer aku xlah setinggi org len yg hebat2...tapi bolehlah untuk permulaan..

dan aku sangat2 bersyukur aku exempted dalam ENGLISH PLACEMENT TEST (EPT)....So.. for my next sem...xde lagi subject BI.....hihi..

for my friends yg kne repeat for certain paper..dont give up! ini baru permulaan..bukan pengakhiran...yg penting kita dapat ilmu yg kiter cari tu..


for my arabic class sem1 09/10..i love u all....kiter dah mcm adik bradik satu kelas kan..memandangkan 10 org je dlm kelas..hope sangat dapat satu kelas ngan korang for the next sem..korang seme sporting..n thank bnyk bntu aku yg lemah ni..n ana aaaaasifah jiddan kat korang kalu ade trase ati sepanjang kiter satu kelas..



rase sedih sngt....rindu sngat korang...biler teringat mase kiter blajar same2...


mmm......dah lah sedih2....


bile pk2, takut pulak biler pk nak menempuh sem 2..bnyk btul dalam pikiran ni...lecturer strict ke x,kawan2 lagi...boleh trime ke x ilmu..Ya Allah..............bantulah aku dan sahabat2ku dalam menuntut ilmu-Mu...permudahkanlah kami Ya Allah...aaamin..


esok malam dah nak naik bas..tiket kul 9 malam...mesti sampai dalam kul 4 pg lebih kat nilai..semoga perjalanan kami selamat tiba ke destinasi..pasangan aku kalau dalam bas ni...sotin jer...xde org len..ehhe..kecuali baru ni..aku duduk org lain..maklumlah..org tu dah balik awl..


setakat ni je lah....syuftanie(jumpa lagi)-arab pasar..


salam.....

Tuesday, October 20, 2009

Sesuatu

"salam... ada sesuatu untuk anda di blog saya~"

Hurmm...ini rupanya...
1) Copy gambar amal Islam di atas. Copy satu post ni pun tak mengape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye begitu..

2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan...

3) Gambar ini hak ciptaan tidak terpelihara..jadi sebar2knlah ye...

4) Perkara yang wajib anda lakukan? Senang je..lakukan apa yang ditulis dekat gambar diatas.. Kalau tidak nampak? zoom la..

Maksiat halang tekun ibadah


APAKAH kita pernah mengalami perasaan malas beribadah? Terasa berat untuk tilawah atau ada kenikmatan ketika membaca al-Quran atau solat?
Atau mungkin berasa susah bangun malam untuk qiyamulail, padahal jam dikunci untuk mengejutkan kita atau telefon bimbit sudah dipasang tetapi ketika berdering, tetap terlelap dalam tidur.

Apa yang kedengaran hanya seperti dalam mimpi dan akhirnya jam dan telefon bimbit mati sendiri atau bangun dengan setengah sedar. Selepas itu, tarik selimut dan tidur lagi. Padahal, biasanya dengan mudah boleh bangun.


Jadi, apa yang sudah terjadi dengan diri kita? Atau mungkin kita pernah merasakan mulut ini terasa berat ketika melantunkan ayat-ayat al-Quran atau mengucapkan salam kepada saudara kita. Atau mungkin kita secara sengaja memlambatkan waktu menunaikan solat?


Terkadang hati rasa meluat dengan rakan di pejabat kerana hal yang kecil atau prasangka buruk. Terkadang kita melalui hari yang kita isytiharkan hari malang atau tidak ada ‘mood’. Makin malang, kita dengan sengaja melanggar perintah Allah.
Seperti halnya penyakit, jika ada gejala, segera berjumpa doktor dan makan ubat agar cepat sembuh.


Begitu pula dengan ruhiyah kita. Kalau sudah ada gejala penurunan anjakan ruhiyah, segeralah kita muhasabah diri. Bagaimana hubungan kita dengan Allah dan apa yang sudah kita lakukan?
Jangan-jangan kita banyak mengerjakan maksiat hingga menghalang amalan kita. Mungkin kita tidak boleh menjaga daripada melakukan perkara yang makruh, bahkan diharamkan Allah sehingga menghalangi organ tubuh kita untuk beribadah kepada-Nya. Misalnya, kita menggunakan mata untuk menonton drama atau filem yang melalaikan meskipun cuma satu atau dua jam.Mungkin mata kita tidak dijaga daripada melihat perkara yang tidak berguna, bahkan mengandungi maksiat. Akhirnya Allah pun tidak menjaga mata kita untuk beribadah pada-Nya. Lalu, mata kita malas untuk bangunkan kita solat malam. Mata kita rasa berat untuk beribadah, rasa berat untuk membaca buku tazkirah hati, rasa berat untuk melihat e-mel yang memberi nasihat.


Akhirnya, pada waktu malam, telinga kita tidak mampu mendengar deringan jam loceng bahkan suara azan. Telinga kita rasa berat untuk mendengar tazkirah dan telinga kita bosan mendengar nasihat.


Selain itu, mulut penting untuk dijaga kerana ia banyak menjerumuskan manusia terutama wanita ke neraka. Mulut boleh menjadi sarana ghibah, fitnah dan caci maki.


Mulut tidak dapat kita kawal. Macam air saja mengata perilaku kawan-kawan. Kita tidak kenal pun dengan si polan, tapi mulut kita seronok mengata mereka. Mulut kita juga berat nak berzikir. Kenapa ini terjadi?


Begitu juga hati. Ini adalah bahagian terpenting yang perlu dijaga. Hati ibarat pemimpin manakala organ tubuh yang lain adalah komando. Hati boleh sakit, buta bahkan mati jika semakin banyak berbuat maksiat.


Hati ibarat cermin. Semakin banyak membuat maksiat, maka semakin banyak noda titik hitam di cermin itu. Atau mungkin tidak ada lagi titik hitam tapi sudah jelaga hitam yang susah dibersihkan.


Begitu pula dengan diri kita, semakin banyak kita berbuat maksiat dan tidak bertaubat, kita semakin terbiasa dengan kemaksiatan itu.


Salah satu yang menyebabkan kematian hati adalah banyak bercanda atau bergurau senda. Kita boleh bergurau senda untuk menceriakan suasana atau menciptakan suasana ukhuwah.
Tapi hendaklah memperhatikan adabnya. Perhatikan dengan siapa juga dan tidak berlebihan, apalagi adanya lelaki dan perempuan dalam satu majlis.


Tengoklah diri kita. Muhasabahlah diri kita. Jika selama ini kita belum menjaga mata, mulut, telinga, hati dan organ tubuh kita yang lain daripada kemaksiatan, segeralah kita bertaubat dan istighfar diri.


Tidak ada kata terlambat untuk kebaikan. Seharusnya kita sayang jika tidak boleh tadarus al-Quran meskipun hanya terlepas satu hari.


Kita berasa sayang jika tidak ada nikmat beribadah. Jika masih berasa sayang, jagalah diri kita dan Allah akan menjaga kita agar sentiasa dekat dengan-Nya.

Thursday, October 15, 2009

kelas bahasa arab semester 1

Salam sahabat2 yg aku sayangi sekalian.aku nk kongsikan video xsbrapa yang aku buat sampai xtdo malam..dah lame dah aku buat ni...cume xpublish mane2..Mmm...mesti sket je yg dah tgok video yang aku buat ni...sebab sket je yang tau..elwani,afiq,and ustaz...ustaz of course mmg kene tgok punye sebab video ni mmg untuk die...hihi...
Pengalaman aku spanjang berada dlam group 1 for bhs
arab mmg best...semua manis...bagi aku lah..yg pahit pun manis...pendek kata xde yg pahit...walaupun kene marah ngan ustaz..ustaz aku ni mmg best..mmg diakui..nak citer sket ustaz aku ni ,name dye ustaz rozuki bin ariffin..belajar kat al-azhar mase dulu..bnyk giler input boleh dapat dr ustaz ni..bukan setakat ilmu bhs arab,ilmu agama pun ade,pasal kluarga pun ade,komputer pun ade,masalah politik,tip2 masak pn ade...yang paling tak seke dye pernah ajar kitorang camne buat youghurt...ahhaa,...aku paling suke time dye crite pengalaman die...
Sepanjang dalam kelas bhs arab...xclp aku 97% aku selalu duk depan skali...boleh dikatakan tiap2 ari..n yg paling best aku xpernah ngantuk..kalu ade pun 0.5% kot..tapi xdan nk ngantuk..ustaz ajar best..Xpercaye ke?tnylah budak2 kelas aku...hehee..ustaz aku ni..pernah dapat award b
est lecturer mase kat uia gombak..aku bangga dan turut beruntung dapat dye..rmai senior2 pesan suruh ambil segala input yg die bagi dan bagi attention dlm kelas..ade jugak sorang lecture ni,kbtulan die jadi fellow aku,die pun nasihat gitu..n dye kate ustaz aku ni mmg baguih..hehe..
Ukhwah kitorang dalam kelas amat rapat ..memandangkan kami 10 orang saje dlm kelas...xmcm kelas len...20 lebih..ade yg nk dekat 30...maklumlah...org2 yg bertuah...cewah..ahaha..lgpun ustaz aku ni...xsuke ampu sana ampu sini pelajr2 nya..xpernah die puji pelajar nyer sepanjang a
ku jadi anak muridnye..katernye kitorang ni dah biase dipuji zaman sekolah dulu...die xnk plajar die jadi prasan dah pandai..hahaha...

asifah ye ustaz ,seme gambar ustaz gambar curik...tapi ustaz da tau kan..lagipun brape kali saye kantoi ambek gmbr ustaz curik2...hihi..ustaz xkesah kan..hiihi

Ish3 korang rase panjang sangat ke aku tulis pasal ustaz nih?ni baru mukaddimah...hahaha..crite ringkas je..
.nk lebih lanjut bukak blog elwani...ape yg ustaz crite pun die crite balik..keh3..lagi dahsyat...aku bukan ape...maleh nk tulih...sebab bnyk sngat...ok...so sblum aku hilang ingatan nk letak viedo ni.....baik aku letak dulu kan....ok...trimelah..video yang xseberape nih....



video

Wednesday, October 14, 2009

Whey,Wei,Whei

Tahukah anda?


Wei adalah bhgian berair daripada susu yg dikeluarkan selepas keju mengental.Memandangkan wei diambil daripada proses membuat keju(yg menggunakan renet ),ia telah bercampur dengan renet;oleh itu ,menjadi ramuan yg dipersoalkan oleh org Islam.Sebarang makanan yang mengandungi wei berkemungkinan haram.

Dimanakah terdapatnya wei?


-Wei ialah hasil sampingan susu yg spatutnya dibuang.Tapi ia bnyak digunakan sebab murah.
-Menurut satu sumber industri ,dalam pembuatan biskut , pengeluar guna wei bukan susu penuh krim atau susu skim sebab lagi jimat dan murah
-menurut sebuah syarikat pengeluar susu,produk yg mengandungi keju dan minuman juga mengandungi sjumlah besar wei yg digunakan untuk menjadikan produk ini rasa 'kekejuannya'
-Iajuga digunakan dgn meluas sbgi penambah perisa (sbgi contohdalam biskut )dan dalam perisa yang digunakan untuk membuat campuran tepung ,hiasan atas,sup,sos dan sebagainya.
-Wei juga mungkin terkandung dalam sesetengah makanan yang dibakar seperti sosej.

-Syarikat dapat menjimatkan kos dengan menggunakan wei kerana wei adalah ramuan yang sngat murah berbanding susu...


Wei dalam bentuk cecair yg dikumpulkan daripada proses membuat keju sebenarnya adalah susu yg berair -yg merupakan keluaran sampingan.Bagaimanapun ia mempunyai laktosa yg larut protein dan kandungan galian yang tinggi.Tetapi apabila ia diproses untuk digunakan dalam makanan, kebanyakan khasiatnya telah hilang.

Dalam membuat biskut misalnya,wei dalam bentuk cecair disembur secara kering untuk menjadi serbuk wei.Tetapi ia mempunyai bau kuat yang menusuk hidung yg mungkin tidak dapat diterima pengguna.

Untuk menyedapkan makanan ,serbuk hasil sampingan itu perlu menjalani proses mengurangkan galian.Ketika inilah bahagian berkhasiat sebenarnye dikeluarkan ,yang tinggal cume laktosa dan protein.

Wei bnyak jugak ada dalam aiskrim..nak2 aiskrim yang berunsur susu...pendek kata kalu nk beli makanan yg berunsur susu tgok2 lah kandungan ade ke x whei ke whey ke wei ke,whey powder ke....

*nak tahu lebih lanjut tentang kandungan2 dalam makanan dan kosmetik boleh rujuk buku halal haram panduan persatuan pengguna pulau pinang..


p/s: baru ni nak beli aiskrim walls tber2 tgok ade whey terus xjadi..
ade jugak kwn dalam dorm makan roti pahtu leset jem chocolate,biler nak join skali tgok2 ade jugak whey...kabor kat dye,muler brat ati ye nak buang,coz bnyak lagi mahal pulok tuh......Alhamdulillah biler dye bgtau mak dye pasal nih,dye trus buang...mak dye tny "you choose your faith or you choose ur money?"
ehhee
pk2 lah sendiri ye....

Sibawayh


Anda kenal sibawayh?


Abu Bishr Amr ibn Uthman ibn Qanbar Al-Bishri (aka:Sibawayh)ataupun (Sibuyeh dalam bhs Parsi,سيبويه Sibawayh dalam bhs arab) ialah ahli bahasa yang berketurunan Parsi.Dilahirkan pada ca.760 di bandar Bayza,di Fars(daerah Iran).Meninggal dunia di Shiraz iaitu di Fars sekitar 180 H(796-797)
Beliau merupakan salah seorang daripada ahli nahu yang terawal dan terhebat dan penghuraiannya tentang fonetik/berkenaan dengan ejaan yang mengikut sebutan Arab ialah sesuatu yang amat jelas dan tepat pernah dibuat,meyebabkan sesetengah orang membandingkannya dengan Panini.Beliau telah banyak membantu dalam menyebarkan bahasa arab di timur tengah.
Sibawaih merupakan orang bukan arab yang pertama menulis tentang nahu arab atau tatabahasa arab dan oleh itu beliau juga merupakan yang pertama menerangkan tentang tatabahasa/nahu arab mengikut pandangan seorang yang bukan arab.Kebanyakan dorongan untuk kerja ini datang daripada keinginan oleh non-arab Muslim untuk memahami Al-Quran dengan betul dan bersungguh-sungguh.Al-Quran itu sendiri dikomposkan/digubah dengan bahasa yang puitis yang menyebabkan orang Arab sendiri perlu belajar dengan teliti untuk memahami dengan betul apatah lagi ianya bertambah susah bagi sesiapa seperti Sibawayh yang tidak membesar dengan percakapan bahasa Arab.
Etomologi: Terdapat pelbagai teori tentang makna nama beliau yang masih kekal pada masa kini.Ada pendapat yang mengatakan Sibawayh ini diambil daripada perkataan Parsi, سیب-بو-یه (Sib-bu-yeh) yang membawa maksud seorang yang mempunyai bau epal.
Ada pendapat yang bercanggah dengan teori di atas.Terdapat perkataan seperti "asal-wayh"


(عسل ویه),
"sar-wayh" (سارویه), dan "shir-wayh" (شیرویه) ."Wayh" di sebut "uyeh" dalam bahasa Parsi moden.Dalam bahasa Parsi moden,perkataan2 ini disebut "asaluyeh","saruyeh",dan"shiruyeh"."Asal","Sar", dan "Shir" bermaksud Madu,Burung Perling dan Singa/Susu(kedua2 perkataan dieja sama,jadi tiada makna yang sebenar bagi perkataan Shir dalam penggunaan khusus).

Penggunaan أ dan هل

BismillahirRahmanirRahim...Salam ukhwah.Hari ini ingin ku kongsikan sedikit
daripada ilmu yang ku dapat..ku cedok sedikit daripada tajuk أسلوب الاستفهام

...tentang penggunaan أ dan هل.

Sebenarnya kedua-dua perkataan ini merupakan salah satu daripada
أداة الاستفهام dan mempunyai maksud yang sama iaitu 'adakah'.Cuma perbezaannya, dari segi cara penggunaannya.

Contoh bagi ayat yang menggunakan هل

-هل تفضل الشّاي أو القهوة؟


-Apabila menggunakan هل,maka persoalannya ialah sebelum أو (seperti yang diboldkan).


-perlu diingat juga bahawa penggunaan هل mestilah digandingkan bersama أو.

-jgn menggabungkan dengan أم,mereka bukan pasangan yg sesuai...

Contoh bagi ayat yang menggunakan أ

أَأَسدًا شاهدْتَ أمْ نمرًا؟

(adakah kamu telah melihat singa atau harimau)


apabila menggunakan أ,maka persoalannya ialah selepas أ (seperti yang diboldkan).


-tidak boleh menggunakan أ bersama أو.
mereka tidak ditakdirkan bersama ..

-pastikan selepas أم itu ialah perkataan yang sama spesies dengan perkataan selepas أ (seperti yang diboldkan)

contoh ayat yang salah:

-أَشاَهدْتَ أسدًا أمْ نمَرًا؟

cuba kita lihat pada perkataan selepas أ dan perkataan selepas أم,kan xspesies...

so..senangkan..yang penting kena sama spesies dan pasangan yg betul.

sekiranya ayat itu tidak memerlukan أو/أم,maka kita boleh je nak gune mane2 sama

ada أ atau هل

هل/أ أنتَ مُستعدٌّ؟

هل/أ موجودٌ أنتَ في المنزل؟


Oklah rasenye dah takde dah yang tertinggal pasal bab nih ...minta maaf kalu ade salah2 pape.sape2 rase nak betulkan...silalah..almaklumlah..saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan,kalau rase saye patut diajar,meh la silakan..
wassalam...

Tuesday, October 13, 2009

Jepun cakap Arab!

Video di bawah ini merupakan cerita pendek org jepun kecek arab..mudah difahami..
tgok!org jepun pun pandai cakap arab..hihi..(terkena jugak diri sendiri)hmm.....



video

Tertambah alif...

Salam alaik..Hari ni,aku nak kongsikan satu pengalaman aku..pengalaman yang aku nk crite ni...mase duk dekat CFS IIUM le...mase tu lepas perikse mid term..
Pada suatu hari,ustaz aku ni..rite kertas bahasa arab dalam kelas...
aku dah berdebar..sebab ustaz sebut sorang2 punyer kesalahan..
tibe2 giliran aku punyer kertas
ustaz rait..
aku semakin berdebar..dah tau..memang ade yang xkene..
dan... tber2 ustaz sebut la kesalahan aku..
punyerlah malu...
kesalahan yang amat bodoh sekali...haha
tapi xpe aku dengar jugak...satu kelas gelak kat aku...ngan ustaz2 sekali gelak bace karangan aku..
mane tak nyer aku tersalah tambah alif di perkataan darojat..jadi biler bace jadi maksud basikal
sedangkan aku maksudkan perkataan tu..darjat...ayat yang aku nak maksudkan sepatutnya 'Allah akan mengangkat darjat org2 yang berilmu'....
.tapi maksudnyer telah bertukar menjadi 'Allah akan mengangkat basikal org2 yang berilmu'
hahahaahahaha
tu lah..pengajaran dari sini...jgn pakat tulih jer ikut sedap jer...makne pun jadi tunggang langgang
cube bayangkan kan kalu aku wat kluar buku...kalu aku tulis gitu,dengan tersilap satu perkataan pun dah memeningkan ramai orang..
haish,mira2..
pengalaman tu memang membuatkan aku lebih berhati2..supaya tidak membuat lagi kesalahan seperti itu..ihihi

Monday, October 12, 2009

Pembangkit Semangat

Lagu ini mungkin agak panjang,memang panjang..tapi lagu ni memang best...dapat menaikkan semangat dan menyedarkan kite semua...Ingin ku kongsikan kepada sahabat2 sekalian..

THEY CAN'T STOP ISLAM

Everytime we turn on the TV We see the kuffar celebrating
Thinking that they have defeated Islam
They think they can destroy
(but they can never destroy Islam)
They try to scare us,rape us,kill us,even drop their nuclear bombs
But no matter what they do,they can never destroy Islam

Allah the Almighty has promised that Islam will be victorious and that is guaranteed
BismillahirRahmanirRahim...This song is for all those who believe in this deen
And sure we have made a song to make you think
So turn up ur speakers and put this song on repeat


This song is for all those sisters who wear hijjab
Eventhough the people make fun of them
This song is for all those brothers who stand strong
Even if it means that they are left alone
This song is for all those who dont compromise Islam
Because they know Islam is the truth
No matter what happens we will never give up
Brothers and sisters the revival of Islam is up to us!

If there was a war which side would you be on
The army of Allah or the army of shaitaan?
They can't stop Islam, they drop bomb after bomb
Watching our people bleed
Trying to scare us out of this Deen
When the smokes clears
We will still be on scene
We Muslims
we'll never give up
ameen,ameen
If u follow Islam then they can't stop it
Wallahi! Victory is promised

* They can't stop Islam
They try to break us up
But they can't break this bond
They can't stop Islam
They try to take us down but Our Deen is too strong
They can't stop Islam

Victory is promised from Allah
They can't stop Islam
We'll keep coming back singing this song

Trying to fool the people
What Islam is really about
Leaving their own people confused and in doubt
Twisting the corrupted media
So they control the public opinion
While the western group put their troops on what was
Once the Muslim dominion
They pass laws to put Muslims behind bars
Without evidence (without what?)
Without cause

They stand united to make sure Muslims are devided
We are muslims ,we won't hide it or deny it


(repeat *)

When hear the falsehood we fight it with the truth

Islam did not spread by democracy
Its spread by the youth
Those who can't accept the truth
Yeah,they hate it
They can't stop Islam coz Islam is contagious
Those sisters who are strong will never take off their hijjab
Coz they don't wear it for the people
They wear for Allah We wont die for these kaafirs
Won't fight for their cause
All freedoms are false
We fight and die only for Allah

(repeat *)

A billion Muslims are a billion weak
When we sell Islam cheap and carry it incomplete

Can't stand the sight of watching my brothers bleed
This is what happens when we let the kaafirs lead

The bloodshed of an innocent Muslims
Means more to Allah than the Kaabah and InsyaAllah if we follow the straight path
They can't stop us
Let us rise up
For the revival of Islam
Like we rise up for fajr at dawn

They're going to keep dropping bombs
They're going to keep on the attack
Until we Muslims unite and bring Islam back
Bring Islam back!
Bring Islam back!
Bring Islam back!

(repeat *)

Salahuddin sacrificed everything to bring back this Deen
At one time his own sisters was captured by the King
Eventhough he could have
He didn't do anything
He could have invaded
but no he waited
With one command

With one order
He could send the Muslims army to cross the border
Bring back his sister to have the king slaughtered
But Salahuddin had a plan
And that plan could not be altered
And that plan was to unite the Muslims lands
And to put Al-Quds back in Muslims hands
Takbir! Allahuakbar!
Takbir! Allahuakbar!

Takbir! Allahuakbar!


(repeat*)
InsyaAllah we will rise up like Salahuddin

Put Islam on the map like Khalid ibn Walid
Show the success of Islam like Haroon Rasyeed
And protect our Muslim Deen like Sultan Abdul Hamid

Log on and check out where all of this is going on www.muslimstudio.com what you are hearing is just the beginning
Do you want to learn about the legends of Islam
visit www.muslimstudio.com
The intellectual revolution has begun
And this song is done
Ain't no copyrights in Islam So you better pass this thing on..


video

BismillahirRahmanirRahim Pembuka Bicara


Assalamualaikum buat pembaca yang dirahmati Allah sekalian..Alhamdulillah,berkat daripada Allah SWT akhirnya aku terdetik untuk buat blog ini...Mungkin pengaruh daripada kawan-kawan yang selalu mengintroducekan blog mereka kepadaku..Mungkin dari sini dapat ku kongsikan sesuatu kepada sahabat2 sekalian...semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada kita semua..tentang namanya pula 'air melimpah'..tidak perlulah aku terangkan...suatu hari nanti mungkin...Mungkin juga classmateku boleh mengagak ape maksud yang tersirat disebalik name itu...atau memang dah tau..hihi..Selamat Membaca!