Wednesday, October 14, 2009

Sibawayh


Anda kenal sibawayh?


Abu Bishr Amr ibn Uthman ibn Qanbar Al-Bishri (aka:Sibawayh)ataupun (Sibuyeh dalam bhs Parsi,سيبويه Sibawayh dalam bhs arab) ialah ahli bahasa yang berketurunan Parsi.Dilahirkan pada ca.760 di bandar Bayza,di Fars(daerah Iran).Meninggal dunia di Shiraz iaitu di Fars sekitar 180 H(796-797)
Beliau merupakan salah seorang daripada ahli nahu yang terawal dan terhebat dan penghuraiannya tentang fonetik/berkenaan dengan ejaan yang mengikut sebutan Arab ialah sesuatu yang amat jelas dan tepat pernah dibuat,meyebabkan sesetengah orang membandingkannya dengan Panini.Beliau telah banyak membantu dalam menyebarkan bahasa arab di timur tengah.
Sibawaih merupakan orang bukan arab yang pertama menulis tentang nahu arab atau tatabahasa arab dan oleh itu beliau juga merupakan yang pertama menerangkan tentang tatabahasa/nahu arab mengikut pandangan seorang yang bukan arab.Kebanyakan dorongan untuk kerja ini datang daripada keinginan oleh non-arab Muslim untuk memahami Al-Quran dengan betul dan bersungguh-sungguh.Al-Quran itu sendiri dikomposkan/digubah dengan bahasa yang puitis yang menyebabkan orang Arab sendiri perlu belajar dengan teliti untuk memahami dengan betul apatah lagi ianya bertambah susah bagi sesiapa seperti Sibawayh yang tidak membesar dengan percakapan bahasa Arab.
Etomologi: Terdapat pelbagai teori tentang makna nama beliau yang masih kekal pada masa kini.Ada pendapat yang mengatakan Sibawayh ini diambil daripada perkataan Parsi, سیب-بو-یه (Sib-bu-yeh) yang membawa maksud seorang yang mempunyai bau epal.
Ada pendapat yang bercanggah dengan teori di atas.Terdapat perkataan seperti "asal-wayh"


(عسل ویه),
"sar-wayh" (سارویه), dan "shir-wayh" (شیرویه) ."Wayh" di sebut "uyeh" dalam bahasa Parsi moden.Dalam bahasa Parsi moden,perkataan2 ini disebut "asaluyeh","saruyeh",dan"shiruyeh"."Asal","Sar", dan "Shir" bermaksud Madu,Burung Perling dan Singa/Susu(kedua2 perkataan dieja sama,jadi tiada makna yang sebenar bagi perkataan Shir dalam penggunaan khusus).

No comments: