Wednesday, November 25, 2009

Fakta sejarah yg sengaja dilupakan

Selama 5 tahun aku belajor subjek Sejarah ..baru aku tahu tentang sesuatu sejarah yg xpernah ku tahu,xpernah dengor,xpernah bace...so..aku nak kongsi dgn korang semua...bace jgn xbace..penting ni tau!


Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepasnya

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso: selamat pagi


Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k ribu bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana.....


Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ...=)

catitanku~ jangan marah jangan geram..diriku juga hangin ngan kisah sejarah ni..hihihi..patutla disembunyikan..mau sesat bebudak sekolah blaja.;p

Monday, November 23, 2009

Akhirnya....boleh jugak..



Lama aku xupdate blog nie..setelah lama menunggu akhirnya boleh jugak aku terjah..kenapa baru2 ni tbe2 je kat UIA xleh bukak google?ramai org yg kepelikan...dan ramai jugak yang tibe2 membuat andaian sendiri...UIA blok google???termasuklah AKU...knp blok google?knp xblog friendster n facebook?knp2??maka bergondong-gondong lah org yg tertanya2..terutama org yg berblog bukan goblok..yg pasti sampai hari ni aku pun xtau knp sebabnya...Pada suatu hari...aku a.k.a pelajar BAR yg selalu xde kelas,permulaannya aku cari maklumat gune yahoo untuk buat kerja sekolah a.k.a assigment yg diberi oleh cikgu @lecturer ..tbe2 aku rase nk bergoogle... disebabkan dah lame xleh gune... aku xmengharapkan pun dari google...saje2 nak try test jer...bak kate org ganu 'acu cube tera test'....acu muradif cube muradif tera/try muradif test....eh...mcm bhs arab pulak..okay sambung balik cerita tadi..Tibe2 boleh pulak gune google...tanpa membuang masa,maka tergendala lah sebentar pencarian maklumat aku kat google tu...disebabkan dah lame xupdate blog...aku pun dengan penuh excited tersign in blog aku.....success!!aku boleh sign in!!disebabkan terlalu gombira sebab buleh sign in,aku yg mula2 ade bnyk idea nk update blog sebab dah lame xupdate..tber2 aku blurr...mungkin sebab dah lame kot??ye ke?macam makanan lame2 dah busuk...busuk kene buang..or aku lupa nk tulis ape...aku kan pelupa...last2 first post aku lepas berjaya terjah blog ni..artikel ni lah...hhehe..maka ini lah post aku yg terbaru untuk kalian semua...selamat membaca...terima kasih lah kerana sudi mendengar crita2 idup aku...yg bosan ni...wokeyh......sampai disini dulu berjumpa lagi dalam episod yg lain di siaran yg same...tata...nak sambung balik kerja yg tergendala tadi...ilalliqo!!ilalliqo!! salam






p/s: aku xbalik raye haji..waaa..balik umah kawan...yeayy...best naik keta api macam kat atas ni....

Monday, November 9, 2009

Couple or Trouble

Salam Ukhwah..hari ni,ingin ku kongsikan artikel yg amat bermanfaat ini kepada sahabat2 ku yg disayangi..Jgn tersalah anggap dgn tajuk Couple Trouble..Mungkin ade yg fikir Couple or Trouble ni berkenaan dgn cerita korea..atau mungkin xtau langsung pun..xpe2 bace dulu..Semoga kita dapat manfaat darinya..aamin..

Seringkali kita memahami bahawa amalan berkapel ini merupakan satu tradisi dalam kalangan remaja. Asal memasuki alam remaja sahaja, mesti individu ini akan mencari pasangan bagi mewarnai hidup mereka agar indah.

Perasaan akan dilayan, disyahdukan, malah diindahkan dengan sayang-menyayangi antara pasangan lelaki dan perempuan ini. Mereka, remaja ini menganggap bahawa amalan berkapel dapat memberi kesan positif terhadap hidup mereka seperti mampu memberi semngat untuk belajar, menceriakan kehidupan, mempunyai tempat untuk melepaskan kasih sayang, dan juga sebagai tempat untuk menuai perasaan cinta yg berbuah.

Namun, adakah amalan berkapel ini tidak diselidiki oleh para remaja ini dari perspektif Islam? Adakah mereka tidak menyedari apa2 kemusykilan berkaitan amalan ini? Menghairankan, sewajarnya setiap individu remaja Islam yang berpendidikan harus merujuk setiap tindakan mereka secara Islamic, bukannya tahu merodok sahaja apa yang dirasakan indah dan menyeronokkan…

Terdapat ramai pasangan remaja yg menganggap segala yang dilakukan mereka bertepatan dengan syariat Islam. Akan tetapi, mereka tidak menyedari yang diri mereka sudah dikaburkan dengan helah syaitan yg sentiasa cuba menyesatkan anak Adam. Mereka berkapel kononnya cara Islamic, tetai mereka tidak perasan yang cara mereka tetap dikategorikan sebgai zina. Memang dilihat penuh kebaikan, niat mereka juga baik. Tapi ingatlah, niat tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil.

“dan (juga) kaum Ad & Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan2 mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah sedangkan mereka adalah orang2 yang berpandangan tajam”
Surah Al-Ankabut : 38

Kapel adalah sebahagian drp zina…
“dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yg buruk”
Surah Al-Isra’ : 32

Kenapa kapel dikatakan sebahagian daripada zina? Zina ini ada banyak perkara: Zina tangan, zina kaki, zina mata, zina lidah, zina telinga, malah yang paling tidak dpt dielakkan ialah zina hati.

Rasulullah bersabda : mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dgn bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati, dan membayangi si dia.

Hakikatnya, macam mana kita lakukan sekalipun untuk meng’islamic’kan hubungan kapel ni, kita tetap tdk dapat elakkan daripada zina hati.

Justeru, adakah anda ingin mengekalkan amalan berkapel ini sebagai satu tradisi golongan remaja dan seterusnya hanyut dalam lautan zina yang ditenggelamkan ombak pengaburan syaitan, ataupun ingin mengikut hukum Islam yang MENGHARAMKAN kapel sebagaimana zina diharamkan…?

Hm hm hmmm…kitalah sebagai remaja yang patut menentukan hala tuju hidup.So pasni boleh la kita pilih Couple or Trouble..Semoga kita dilindungi oleh ALLAH.. Sekian. . .

Thursday, November 5, 2009

Banyak Aku xtahu,Hari ni..aku baru tahu yg......

Ari ni aku ade kelas BTQ,Basic Themes Of Al-Quran...
Second Class tapi first lessons,Madam Ariyanti...madam tapi aku selalu tersasul panggil miss sebab muda lagi...mcm xkawin lg..

Aku blajar tajuk pertama iaitu al-Hidayah-Guidance

Pertama skali yg aku br tahu rupa2nya hidayah tu maknenye any guidance or direction that ensures person to reach his objective,though this objective is against the Syari'ah of ALLAH...


Hidayah ade 2 satu hidayah aamah dan khossoh..am dan khas..am,ALLAH bg kat semua org ade...khas pulak Allah akan bg kat sape yg Allah sayang dan sape yg Dia nak...


Faj atan(tibe2),nashrah tanye lah..."madam,how we should say if person ask,if Allah give hidayah khossah,so he would say Allah is not fair becoz He do not give hidayah khossah to all person...? Madam pun jawab lar...."hidayah ni,if we want to get hidayah from Allah,we should have an effort or we have to work to be a better person..InsyaAllah Allah will give it ..bukan datang bergolekkkkkkkkkkk......

yg kedua aku baru tahu yg knp Allah bg suruh lebah buat madu kat tempat tinggi2....rupanya madu ni memrlukan tempat yg tinggi untuk lindungi madu...madu ni kn berada tmpat yg sejuk..


yg ketiga aku baru tahu knp ALLAH buat hives dengan bentuk pentagon bukan bulat sebab kalau pentagon hives lebah ni akan jd kuat dan compact..



yg kempat aku baru tahu yg lebah ni pekak,so biler die nk berhubung atau bercakap dgn lebah2 lain dia akan menari...patutlah aku pernah tgok dalam kartun lebah menari2...




yg kelima aku baru tahu semut ni pandai 4 bahasa...aku pun xde lah boleh ckp sampai bnyk camtu...ni mmg pelik...first time aku dengar


yg keenam aku baru tahu yg biler kucing sakit dye akan makan rumput...jadi kalau tgok kucing makan sakit maknenye dia rumput...eh terbalik...malas plak nk padam..kalau tgok kucing makan rumput maknanye dye sakit...


yg ketujuh aku baru tahu yg spider ade 8 mata...dan sebenarnye spider buta..dia cuma guna sense dia je...hebatnya Allah..Subhanallah...


Mungkin ade yg dah tau semua ni..tapi aku jer kot yg cam xcited sebab baru tau..Aku kagum ngan Allah....yg Maha Bijaksana...Terlalu luas ilmu Allah....bnyk mende aku xtau...