Friday, August 23, 2013

Berserahlah



kadang-kadang kita terlalu risau dan takut
adakah keputusan yang kita buat 


memberikan kebaikan kepada kita
atau tidak?
terlalu berfikir
sehingga kita lupa...


kita ada Tuhan..Allah..
tawakkallah


berserahlah pada Allah..
serahkan segalanya....


sehingga kau tidak takut lagi...


:)

Thursday, July 4, 2013

الحال

Bismillah...setelah sekian lama saya tidak menulis.. in sya Allah...hari ini saya ingin berkongsi tentang tajuk HAL yg bermaksud hai'ah atau keadaan..in sya Allah saya akan cuba terangkan mengikut kefahaman saya, teguran amat dialu2kan....jazakumullahu khoiran kathira.

الحال يكون لبيان الهيئة لما قبله

- Hal ialah untuk menerangkan keadaan untuk yg sebelumnya.

contoh Hal :

  جاء زيدٌ ماشيا
Zaid datang dalam keadaan berjalan

kalimah masyian menerangkan bagaimana keadaan zaid datang

أقسام / أوصاف الحال 

ciri2 hal ada 4:

1. منتقلة
2. مشتقة 
3. نكرة
4. نفس صاحبها في المعنى

1. muntaqilah : boleh berpindah. maknanya hal itu tidak melazimi . kalau kita tgok contoh di atas
kalimah masyian itu muntaqilah sebab keadaan itu tidak tetap pada pelaku iaitu zaid.Boleh jadi zaid datang dalam keadaan menunggang...

tetapi قد تجئ الحال غير منتقلة
kadang-kadang hal itu datang dalam keadaan tidak berpindah iaitu melazimi

contoh : دعوت الله سميعا
kerana Allah itu sentiasa mendengar.

2.musytaqqah : hal itu merupakan isim musytaq, bukan jamid.

 contoh :جاء زيدٌ ماشيا
 kalimah masyian itu merupakan musytaq dari kalimah مشي

contoh lain :أجاب الأستاذ مبتسما

3.nakirah : bukan ma'rifah, xde alif lam

  جاء زيدٌ ماشيا
kalimah di atas tiada alif lam.

4.nafsun sohibiha fil ma'na  : yg ini saya faham begini, kalau dr contoh kat atas td, zaid itu sendiri yg dipukul ,bukan org lain yang dipukul

contoh  : زيد طلع بغْتَةً

التقدير : زيد طلع باغِتًا



di atas , salah satu ausof hal ialah musytaqah
walaupun begitu, hal juga datang dalam keadaan jamidah(jamid)

4 syarat bagi hal jika ia datang dalam keadaan jamidah :

1. إذ دلت على سعر




contoh : بِعْهُ مدًا بدرهمٍ
jualkannya (dalam keadaan) secupak dengan harga satu dirham



2.دل على تفاعل
 -  مشاركة بين طرفين
*melibatkan proses 2 hala


 contoh : بِعْتُه يدًا بيدٍ
 Aku telah membelinya dengan cash

مُنَاجَزَة
 = cash (xtertangguh -pada masa yg sama)




3.  دل على تشبيه


 contoh : كرّ زيد أسدا 

zaid pulang dalam keadaan seperti singa (garang/marah/berani)


4. دل على ترتيب

contoh : قرأت الكتاب بابًا بابًا
saya membaca buku itu satu bab demi satu bab
wallahua'lam.



p/s : saya ambil pendpt jumhur sahaja..yang khilaf sy tak tulis...
boleh rujuk kitab nahu untuk maklumat lebih lanjut.
mohon betulkan kalau ada kesalahan..

rujukan :
syarah ibn aqil
nahu syafi syamil

Sunday, June 16, 2013

Dua

kadang-kadang nafsu dan akal menguasai diri sehingga lemah untuk membuat keputusan.Yang mana terbaik buat diri kita, agama kita, dipengaruhinya...

istikharah,istisyarah dan solat hajatlah merupakan jalan terbaik dan amat membantu dalam membuat keputusan..

moga Allah membantu meleraikan segala keserabutan dan memberikan ketenangan pada hatiku....

aamiiiin...

Saturday, November 17, 2012

my first gif.


Wednesday, July 25, 2012

hidup


Dalam hidup ini.....
Manusia .. pelbagai ragamnya
cubalah untuk mengenali, memahami 
dan meraikan mereka...
berhati-hatilah juga 
kerana ada yang mengambil kesempatan 
bersabarlah..dan bersyukurlah 
bagi yang mendapat petunjuk dari Ilahi
bersabarlah kerana dunia ini sementara cuma..
seperti bola kaca yang akan pecah tak tau bila...

mereka hadir ..
menceriakan dan menggembirakan hidup kita..
tidak kurang juga yang menyebabkan butir-butir mutiara
jatuh membasahi pipi..

mereka ibarat warna 
yang mewarnai lukisan hidup kita
mereka hadir dan pergi
kita gembira dan sedih
Allah datangkan mereka kepada kita
agar kita dapat belajar sesuatu daripada mereka..
dan kita sering terlupa...
Allah itu..tidak pernah pergi dan sentiasa ada
dengan kita..
in sya Allah..

(sedang berkata-kata kepada diri sendiri)
ingatlah bahawa, dalam hidup ni...
Allah sentiasa ada bersama kita
cuma....kita yang sering melupakan Allah T_T
Astaghfirullah....

moga2 Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa
aamiin ya Robb

إلهي.....إني في أمس الحاجة إليك
فلا تتركني وحيدا.....

ya Tuhanku.....sesungguhnya aku tersangat menginginkanMu
maka janganlah..tinggalkan aku keseorangan...:(



bila kita sedih time hujan
hujan pulak lebat
kesedihan kita tu jadi sama dengan kelebatan hujan
entah2 lagi lebat
ooi~..merapu...

:) Allah....bnyk menda nk kene bekki nih~..
help me Allah..
#risaudengandirisendiri


Wednesday, June 20, 2012

Terima kasih sahabat



Ko da solat?
Buat apa. Dah study?
Dah baca al-quran?
Knp jalan macam tu? Jalan la betul2..sbb tu asik jatuh.
Duduk laa elok2 sket..kasarnya..
Jom tgok alhijrah sekarang
Kenapa xdtg usrah?
Jangan main game bnyk sngt..
Jgn asik fb..
da bace buku?
Mira da buat jadual belajar?
Meh aku tolong kau buat esaimen
Jom aku belanja makan

Mesej-mesej inilah yang biasa aku terima dari insan yang bergelar sahabat.
Tiap kali mesej-mesej begini masuk ke dalam inbox ku, aku rasa aku lah orang yang paling beruntung, dikurniakan insan yang bergelar sahabat.

Alhamdulillah

Allah mengingatkan aku melalui sahabat2 ku
Moga Allah merahmati kalian.

Memiliki sahabat merupakan sebahagian daripada  nikmat Allah subhanahu wataala…Sahabat sejati amat sukar dicari dan menjadi sahabat sejati juga merupakan perkara yang amat sukar  untuk dilakukan. المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل , Seseorang itu terletak pada agama sahabatnya, maka hendaklah seseorang memperhatikan siapa teman dekatnya",  demikian pesan nabi sallallahu alaihi wasallam.  Maka berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan sama2 lah kita berusaha menjadi sahabat yang baik dan memberi manfaat kepada mereka



Sahabatku , engkau tidak jemu menegur  dan menasihatiku,..fabiayyi ala irobbikuma tukazzibaan.? maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan? Sesungguhnya..ketahuilah  teguran dan nasihatmu itu membuatkan aku sedar dan menjadi pendorong  untuk aku berubah ke arah kebaikan.. mesej- mesej  ringkas  yang aku dapat sering membuatkan ku berasa gembira dan terharu. 

Dah baca al-quran? Dah study ?

simple tapi bermakna.amat.oh sungguh prihatin sahabat2 ku ini..

 Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian…~…Mampukah aku menjadi sahabat seperti kalian menjadi sahabat padaku? 

Pernah aku terjumpa kata-kata  ini..

“Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan  orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” –Saidina Ali.  

Dan aku takut akulah orang yang lebih lemah itu…. (T_T)

Maafkan aku sahabat jika aku tidak mampu menjadi sahabat seperti mana engkau menjadi sahabat kepada ku…

 Terima kasih atas hadiah yang kau berikan,nasihat, kata-kata  semangat,video, buku, ayat2  al-quran….semuanya amat bermakna buatku..

Terima kasih kerana bersabar melayan perangaiku..bersabar melayan  kemengarutanku..huhuhu~

Terima kasih juga kerana sering bersamaku ketika susah dan senang…

Jazakumullahu khoiron kathira..Allahu yubaarik fiikum.

Aku berharap aku bisa menjadi sahabat kepada mu…aamiiin..

Ketahuilah…aku tidak pernah dan tidak mahu melupakan sahabat2ku ..dan tidak akan melupakan segala kebaikanmu in sya Allah…



Akhir kata..ingin aku memetik kata-kata  

dari al-Imam ibnu 'Atoillah as-Sakandari rahimahullah
yang berbunyi :

لا تصحب من لا ينهضك حاله, ولا يدلك على الله مقاله"

“Janganlah kamu bersama/bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan semangatmu dengan keadaannya, dan yang tidak menunjukkan (mengingatkan) kamu kepada Allah dalam setiap percakapannya”

ENGKAULAH SAHABATKU.
MOGA ALLAH MERAHMATIMU…

Tuesday, April 17, 2012

start over


kadang-kadang bila kita rasa terlalu banyak sangat kesalahan yang kita lakukan ..
rasa macam nak putar balik masa
nak betulkan semmmuaaaa kesalahan ,kesilapan dan kekhilafan yang pernah kita buat
tapi hidup mesti diteruskan, 

cuma kena belajar dari pengalaman dan kesalahan lah kan?
pasti ada hikmah atas semua yang berlaku


Allah selalu je ada ngan kita.tapi kita jer yang selalu lupakan Allah ~ (T___T)
kan?

just be positive. 

:)


soleh dan solehahnya awak.
nak jadi macam awak boleh? 










Sunday, December 4, 2011

bercerita tentang kehidupan...



menelan antibiotik ...

busuk sikit dr antibiotik sblum2 ni..yerk~.

kadang2 skip jugak..bekalan air abis,

malas nk jerang.

ok tinggal satu papan lagi, xlama lagi habis la..





***

nampaknya ada peningkatan,


setelah mujahadah dan doa yg tak henti2

hati gumbira tanda syukur


harap istiqomah ..aamiiiin..



***


kita nk berubah ke arah kebaikan

biarkan org nk ckp apa

yg penting kita tahu siapa diri kita


Allah tahun niat baik kita

in sya Allah, Allah tolong..



***


pergi kuliah syed abdul qadir syed hussin al joofree

bnyk menda yg aku dpt

alhmdulillah terpilih pergi majlis ilmu


aku pun lupa ade talk mlm tu..

penat lain mcm h
ari tu..

tmbh2 mkn ubat
yg mengantuk

tp kawan ajak...

aku pun rase nk gi...alang2 dah mkn kat luar dr mahallah

tiba2 dpt tahu exam batal pulak esok..

pegi jelah!...huhu..

alhmdulillah ...dpt pengisian rohani~


***




pre-reg menjelma lagi

bnyk jugak add

betul ker x ni...tak yakin pun ada


kata dia , knp nk takut,..kita kan nk mnntut ilmu..

huhu,..







***

assignment dulu dah abes,

baru dpt assignment baru,



midterm second pulak ada..


hurmm...

"midterm tsaani fi yaumil khomiss"
(midterm kedua hari kamis ni.)


"haaa?? ustzh....'indi midterm aakhor"
(ustzh....sy ada midterm lain..)

"haa...hakaza hayah fil jaamiah"
(mcm nilah hidup di universiti)

hoho...senyap tnda setuju

***

lemah dlm sorof

sorof memeningkan kepala

bnyk fokus kat sorof, study so
rof, note sorof..

kadang2 terlupa kat nahu dan fiqh...

rasa2 ad peningkatan sket...


tp bila blaja tajuk baru balik..


rasa brtmbh bodoh balik.huhu...

susahnyer..

tp seronok laa blaja...

sorof ni kadang2 rasa cam buat math pun ade..

***

ini cerita nahu pula, i'robnyer..........

panjang..

kene paham dulu knp di'irobkan bgini...

dlm kelas guna nahu syamil

tp ustzh kata suruh bawak syarah ibn aqil sekali

guna dua2...

ustzh aku kata, kalau belajar sampai master ke phd

tp i'rob standard matrik , degree buat apa kan...

huuu....


***

fiqh pulak..

nk pahamnyer..

kamus ni aku bukak

kamus tu aku bukak

google translate pun aku bahang...

kene bace dulu versi bhs melayu kat intenet

teringt zaman skolah dulu...

kalau belajar betul2...mesti xlupa....

ni blaja sbb nk A1 jer...huhuhu...


***

bilik aku , xde budak BAR

aku sorang je...
yg lain EDU, dan MASS COM dan PSIKO KOT?

lupa plak.hehe..


seronok jugak duk tingkat 5.

penat aku panjat.

sehat la sket

***

bila duk kat sini

smakin lama


smakin mcm2 org aku jumpa

mcm2 peseng ade

pandai2 la pilih kawan

tp jgn tinggalkan yg lain2 tu..


berkawan lah dgn sume..

pelbagai org dr pelbagai background

mcm2 aku belajar..

huhu



***

aku ada kawan indon

dua orang

adik bradik


tp mereka muwallad..lahir di arab, duk pun di sana

sedap dgr diorang ckp...huhu..baik dan caring

layaaan jer aku tny apa2..

melayu pun ade sorang yang lahir di sana, dan duduk di sana...


ckaap pun mcm arab daaa....

diorang sume senior

***



itu saje aku nk kongsi..

maaf kalau xbermanfaat...

selamat menuntut ilmu shbt2...



wassalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh..




Monday, August 15, 2011

Terlupa membaca doa makan


Assalamualaikum..Ramadhan kareem kepada semua pembaca. kaifa halukum? bagaimanakah ramadhan antum kali ini? moga2 puasa kita lebih baik daripada puasa ramadhan pada tahun2 yg lepas.aamiiiin...



baiklah hari ni, aku rasa nk kongsi satu doa kepada semua, iaitu doa apabila kita terlupa baca doa makan.. ramai yg dah tau..tapi kalau ade yg tak tau....xper...since this dua is very short, you can memorize it easily...senang jerkk...macam makan kopok lekor jer~..:P




*ralat pada gambar : spatutnya ade hamzah atas alif tu ..ok ma friend, it should
be like this أوّله


Ada cerita yg aku nk kongsi sket berkenaan doa ni..


Ada sorang sahabat namanya Umayyah bin Makhsyi radhiallahu anh...dia menceritakan ..:

"Pada suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sedang duduk...kemudia ada seorang laki tengah menikmati makanan dia di depan baginda...Dia xbaca Bismillah...
sampaiiiiilah.....bila makanang die tu tinggal sesuap lagi...barulaaah dia teringat,
lalu masa dia nak angkat suapan terakhir tu ke mulut dia...dia pun baca..:
"Bismillahi Awwaluhu wa aakhiruhu..."

Rasulullah sallallahu alaihi wassalam ketawa sambil bersabda : " Dari ia mula
makan, syaitan telah makan bersamanya..Namun ketika dia menyebut nama Allah...syaitan terpaksa memuntahkan segala isi perutnya..".
(Riwayat Abu Daud dan an-Nasai)


Bila aku bace kisah ni...tersengih aku sorang2....sbb apa? sbb haha...bape kali dok ahu syaitan muntahkan balik apa yg dia makan coz aku bace doa ketika terlupa tu xberjaya dia mengeyangkan perut..hoho......so kawan2...kalau yg dah tahu tu..marilah kita amalkan...hee..ilmu tanpa amal ibarat pohon xberbuah..oyeah~..



lebih baik..kita jangan bagi peluang terus setang kongsi makanan
ngan kita..

Berkata ibnul Qayyim al Jauziyah : " Membaca Bismillah di permulaan makan dan minum dan mengucapkan al-Hamdulillah di akhirnya memberi kesan yg hebat terhadapa manfaat makanan dan menolak kemudharatannya". (Zaadul-Ma'ad, jil. 4, hlm.232)


tp kalu dah terlupa nk buat guane kan..jadi bacelah doa td..supaya syaitan muntahkan balik mknn yg dia mkn tu~...



dan..lagi satu..nape makan ngan tangan kanan?....

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassalam : "Bacalah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu dan yang hampir kepadamu."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)




Wallahua'lam.sekadar itu perkongsian saya.buang yg tohor, ambil yg jernih

SELAMAT BERBUKA! SAMA-SAMA KITA ELAKKAN ISRAF. IN SYA ALLAH..

Thursday, June 30, 2011

Unggun Bersih by A.Samad Said



 Unggun Bersih by A Samad Said



p/s : psst pssst..mari kita bersihkan hati dgn mmbaca al-Quran dan berzikir :)