Tuesday, April 20, 2010

Mari membina kubu!! hayya2!!


Assalamualaikum..

Sebelum memulakan bicara dengan lebih panjang..sy nk ucap selamat hari raya..hehe..xlah..cume nk mintak maaf sbb tetibe lame tak hupdate..walaupun xde kije sngt..sbb tetibe saye malas..hehe..sorry..aaasif jiddan..ok!

ANDA INGIN TAHU??? (cewahh)
Semua org tahu kubu dibina sebagai pelindung atau benteng dari musuh...Pada episod kali ini..saya dengan sukacitanya  ingin mengajak sahabat2 sekalian membina kubu di rumah masing2..hehe...xlaaa..bukan kat rumah..tp kubu untuk diri kita..kubu pertahanan untuk diri kita melawan godaan syaitan..xperlu susah2 nk beli batu bata tuk buat kubu mcm dlm gmbr ni...tp..ade bebarapa tips yg ingin saye kongsi..melalaui pembacaan saya dalam buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM,karangan Fathi Yakan....

Islam tlh menunjukkan kpd manusia bbrpa perkara spya dpt menolongnya bertahan dalam pertarungan  dgn syaitan..dan membolehkannya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu.

Perkara2 tersbut tlh dirumuskan oleh salah seorang para solihin dgn katanya : " Ku renung dan ku fikir , dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba2 ku dapati syaitan memasukinya dr 10 pintu :

1. Tamak dan jahat sangka,lantas aku menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dgn yg ada stlh berusaha dan berikhtar..

2.Cintakan hidup dan panjang angan-angan ,lantas aku menghadapinya dgn rasa takut terhadap kedatangan maut dengan tiba2

3.Cintakan kerehatan dan nikmat,lantas aku menghadapinya dengan meyakini bhawa nikmat itu akan hilang dan meyakini bahawa nikmat itu akan hilang dan meyakini balasan buruk

4.Kagum pada diri sendiri(ujub), lantas aku menghadapi  dgn mensyukuri nikmat2 pemberian Allah dan takutkan balasan seksaan.

5.Pandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka,lantas aku menghadapinya dengan cara mengetahui hak2 dan kehormatan mereka.

6.Hasad,lantas aku menghadapinya dengan sifat qanaah (berpuas hati dengan apa yang ada stlah berusaha dan berikhtiar) dan redha terhadap pemberian Allah kepada makhluknya.

7.Riya'dan sukakan pujian manusia,lantas aku menghadapinya dengan sifat ikhlas.

8.Bakhil,lantas aku menghadapinya dengan meyakini bahawa apa yang ada ditangan makhluk itu akan binasa sedang apa yg disisi Allah itu akan kekal.

9.Takabbur,lantas aku mengahadapinya dengan sifat tawadhu'.

10.Tamak,lantas aku menghadapinya dengan yakin terhadap balasan Allah dan tidak mengharapkan sesuatu yg ada pada manusia.



Diantara arahan yg dituntut oleh Islam sebagai suatu jalan untuk mengelakkan diri drpada panah dan tipu daya Iblis ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan kerja...

Abu Hurairah tlh meriwayatkan bahawa syaitan bg orang2 mukmin telah bertemu dengan syaitan bg orang2 kafir...Tiba2 kedapatan bahawa syaitan bg org kafir itu dlm gemuk muntal..(gemuk debok laaa),sedangkan syaitan bg org mukmin itu kurus kering dan dukacita..lantas syaitan org kafir tu bertanya kpd syaitan org mukmin: "Kenapa kamu kurus kering dan dukacita?" Syaitan org mukmin tu pun jawab.."Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya.Apabila lelaki itu  hendak makan beliau menyebut nama Allah,jadi aku terus lapar.Apabila minum beliau sebut nama Allah,jadi aku terus kehausan.Apabila beliau memakaai pakaian beliau menyebut nama Allah,dengan itu aku terus bertelanjang.Apabila beliau minyak rambut beliau menyebut nama Allah,dgn itu rmbutku terus kering dan kusut." Syaitan org kafir itupun menjawab: " Tetapi aku mendampingi seorang uyg tidak melakukan sedikit pun daripada apa yg engkau sebutkan itu..Oleh itu aku berkongsi dengannya pada makanannya,minumannya,dan pakaiannya."

Termasuk juga dalam perkara yg dapat dijadikan benteng kubu pertahanan ialah menjauhkan makan terlalu banyak,bermewah-mewahan sekalipun halal dan bersih

firman Allah yang bermaksud : "Makan dan minumlah tetapi jangan berlebihan." (al-A'raaf : 31)

Rasulullah sallallahualaihi wassalam pula bersabda : "Sesungguhnya syaitan itu berlari dalam diri anak Adam seperti mengalirnya darah, oleh itu sempitkanlah laluan syaitan dengan berlapar." Hadith riwayat Ahmad dan Bukhari & Muslim meriwayatkan tanpa menyebut (fadhoyyiqu alaih)

Benteng2  tersebut juga ialah membaca al-Quran,berzikir, dan beristighfar, kerana....

Rasulullah sallallahualaihi wassalam bersabda :  " Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam.Apabila beliau (anak Adam) berzikir,syaitan itu akan berundur  dan apabila beliau lupa kepada Allah syaitan itu akan menguyah hatinya."

Kubu2 pertahanan lain untuk melawan godaan syaitan juga ialah menjauhi sifat tergesa-gesa dan sentiasa bersifat hati-hati dalam semua perkara.

Rasulullah sallallahualaihi wassalam bersabda : " Terburu-buru itu dari syaitan dan berhati-hati itu dari Allah. "

Hadith riwayat Ibn Abi Shaibah,Abu Ya'la dan al-Baihaqi. At-Tirmizi meriwayatkan hadith sepertinya dan al-Albani mengatakan : Sanadnya Hasan

WALLAHUA'LAM..

SEMOGA KITA DAPAT MEMBINA KUBU PERTAHANAN YANG TEGUH DALAM DIRI KITA..MAN JADDA WAJADA..WAMAN ZARO'A HASODA...



JOM KITA KECEWAKAN SYAITAN NI..JOM KITA BINA KUBU!!!HAYYA BINA!!هههههههه

3 comments:

Shahrul Akbar B Abd Aziz said...

bace ma'thurat pada waktu pagi dan petang juga memlihara diri dari ganguan en tan(syaitan laa)..best entry ni!!!

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

na'am2!!! doa2 ma'thurat..doa2 yg termakbul..molek kalu diamalkan.kan3??hehe...

Shahrul Akbar B Abd Aziz said...

Imam hassan al-banna telah menyusun doa-doa amalan yang dianjurkan nabi untuk diamalkan didalam ma'thurat tersebut agar mudah dibaca dan diamalkan umat islam..jadi tunggu apa lagi..jom bace!!!