Friday, April 2, 2010

April yg fool atau kita???

Salam 1 Malaysia


Zaman muda dulu2,bila 1 April menjelma mesti ade jer gurauan yg dibuat sama ada oleh penulis sendiri atau kawan2..penah lah main time kicik2 dulu..tak tau ape2 pun pasal april fool ni...tp tahu la bila 1 April ni time org nk kenakan org lain...so kita yg x berapa nk matured ni ikut jer..

semakin umo ni da tua...ade la dgar bahawa april fool ni perayaan yg disambut sebb umat Islam diperbodohkan suatu masa dulu....disebabkan da lupe cane kisahnyer...maka ambe pun wat research n terjumpa plak....so nak kongsi lah ngan sahabt2 sume..sejauh mane kebenaran kisahnya wallahua'lam...tetapi kalu dalam wikipedia lain pulak kisahnya...





Sejarah April Fool's Day




April Fool mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol ,kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian

Penduduk Islam Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera -tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol


Penduduk-penduduk Muslim ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yg berlabuh di pelabuhan.Orang-orang Muslim yg risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal2 yg dimaksudkan.


Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.Keesokan harinya (1 April ), mereka mengambil semua barangan yg telah disiapkan menuju ke pelabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.


Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar..Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,perempuan ,serta anak-anak kecil.Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian .


Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia...


So sesape yg sambut April fool ni xyah sambut da la...Cuba kita fikir sama ada April yg fool atau kita yg fool?kita seolah2 menyambut kematian saudara2 seislam kita..



Salah satu fatwa tentang April fool


Dr.Yusuf al- Qardhawi hafizahullah menyebutkan :


Menipu adalah satu sifat buruk.Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yg berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Hal ini kerana, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. (HR : al-bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia .Baginda SAW bersabda : "Kecelakaan ke atas sesiapa yg menipu untuk menghiburkan manusia,kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya." (HR Abu Daud,at-Tirmizi, dan an-Nasai'e)



Rasulullah SAW juga bersabda :" Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yg bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran ".(HR Ahmad dan At-Thabrani ). Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberi amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.Rasulullah SAW bersabda : " Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim." (HR Abu Daud)


Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dlm apa bentuk pun..Sambutan ini (hari April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :



1. Larangan menipu yg sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-sunnah.


2.Kesedihan dan ketakutan yg tidak berasas (yg disebabkan penipuan itu)yg mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.


3.Pengkhianatan ke atas kepercayaan yg diberikan


4.Meniru budaya buruk yg bukan milik kita,iaitu penipuan


dr : http://hassan1663.blogspot.com/

Tetapi xsilap penulis bohong sunat dibenarkan dlm Islam..cube klik sini

Umat Islam sudah ramai yg terpengaruh dgn budaya Barat..

terungkap pada sabda nabi SAW :

"Kamu akan mengikuti sunnah ummat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta, sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak(dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka.Sahabat bertanya : Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah?" Sabda Baginda SAW :" Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?" (HR al-Bukhari dan Muslim)

Wallahua'lam..

8 comments:

Mn Salam said...

Syukran atas perkongsian.. nice~

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

la syukro alal waajib..

islamkan jiwaku said...

salam...mumtaaz,
anak-anak muda perlu dididik dengan maklumt ini.. anak muda remaja muslim dimalaysia sudah ramai yg menyambutnya..
malah dijadikan guraun sama2 teman kerana tidak mempunyai kesedaran mengenai hari tersebut..

selamat berjuang..pohon copy ya nti.

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

w'salam...na'am...ber'amal' tnpa ilmu,gitulah jadinya..

bukan stakat copy..teh pun boley..huhu...sebarkan...selamat berjuang aidhon!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
islamkan jiwaku said...
This comment has been removed by the author.
islamkan jiwaku said...

aiwa.
beramal tanpa ilmu mendatangkan mudarat dan kerugian pada diri sendiri..

kitalah yg memainkan peranan utk mendidik anak2 kita nnati mengenainya.. agr anak-anak muda tidak mengabaikan pentingan mengetahui sesuatu issue sebelum mempraktikkannya..

syukran, atas teh-nye..huhu,insyallah.

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

mumtazz ya akh ahmad safuan..dpt A+ n 3 butir bintang...

stuju3..mmg mendatangkan mudorat..al 'amalu bila ilmin dholalun kathir.amal tnpa ilmu adalah kesesatan yg banyak..

bak kate peribahasa kita..melentur buluh biarlah dr rebungnya..kalu dok didik dr awal..payoh doh..bak kate org ganu pulok berat nanang doh..huhu..

sedap owk teh..cicah le nge biskut..mkan time hujan2 gini sodap..huhu..afwan..