Wednesday, May 25, 2011

Buah Katak

Assalamualaikum

" awk nk tak buah ni??"
"sy bawak dari kampung ..."
"buah apa ni???" 
"kenapa nampak pelik jerr buah ni.." 
 "ni namenyer buah katak"  
"xpernah dgr ea?" 
"haaaaaa!!! kataak??" 
"eeee xnk laaaa ...takut nk makan"

Anda pernah makan buah katak a.k.a buoh katok??...haha..Dialog di atas pernah berlaku  pada saya sendiri  ketika saya membawa buah ni mase first year kat UIA..buah ini bnyk di tanam di kawasan pantai timur dan utara..dan kebiasaanya orang pantai timur yg panggil buah katak..mungkin permukaan buah ni yg menggerutu seperti badan katak yg membuatkan buah ini dipanggil begitu...

cuba tgok...ad meh x.?..hihi...


selain buah katak, ia juga dipanggil buah nanam atau nam-nam atau nama saintifik dia cynometra cauliflora



sedang2 google terjumpa laa di wikipedia cuba klik di sini : buoh katok
dan di plantspedia juga ada.. : buoh katok jugok


Buah katak ni  rasanya masam2 manis...kelat2 sket..wahh...slrrp...sedapnyer.kalau time buah ni muda lagi rasanya masam2 + kelat....kalau dah masak laaa best...masam2 manis....


The fruits are reported to have useful medicinal properties too and are used in folk medicinal preparation.  In fact, at some places, Namnam fruit is sold in the market for this purpose only.

Dikatakan buah ini berkhasiat untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, batu karang dan melancarkan peredaran darah


Manakala minyak dr bijinya digunakan di India untuk merawat penyakit kulit


bila dibelah gini laa rupenyer..biji xleh makan..


macam ni la rupanya bila dia kat pokok... yg sebelah lagi, pokok die..

ihsan google


kalau kutip buah tu kat tanah ker...jgn tersalah ambil...mane tau...tiba2 tersalah pegang katak..hihi.


so...lepas ni..jgn laa takut makan buah katak ni...bukan makan katak pun...huhu..



Wassalam.

Monday, May 16, 2011

العلم يؤتى ولا يأتي

Assalamualaikum warohamtullahi wabarokaatuh. alhmdulillah. dpt update blog lagi harini.

In sya Allah hari ni ak rase nk kongsi satu cerita yg berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid.

Semasa pemerintahan khalifah ke-5 Daulah Abbasiyyah itu, beliau mendengar tentang ketinggian ilmu Imam Malik, lalu beliau memerintahkan salah seorang utusannya untuk memanggil ulama itu.

Khalifah Harun ar-Rasyid sering mendengar tentang kitab al-muwatta' karangan Imam Malik yg selalu dibahas di masjid-masjid daripada orang bawahannya.


Harun ar-Rasyid berasa sangat terkejut apabila  Imam Malik menolak untuk datang ke istananya.

Lalu beliau menyuruh pesuruhnya untuk memberitahu tujuannya memanggil imam. " Aku ingin anak-anakku mendengarkan kajian kitab al-Muwatta' di istana," Ujar Harun-ar Rasyid

Setelah hal itu disampaikan kepada Imam Malik, lantas dengan tegas Imam Malik menjawab, " Semoga Allah memberikan kejayaan kpd Amirul Mukminin. Ilmu ini datang dari baitun nubuwwah (rumah kenabian). Jika kamu memuliakannya ia akan mulia. Jika kamu merendahkannya, ia jadi hina. Ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi." 


Maka khalifah Harun ar-Rasyid tidak dapat berbuat apa-apa.

Justeru itu, khalifah Harun ar-Rasyid menyuruh kedua-dua puteranya;al-Amin dan al-Makmun  datang ke masjid untuk mempelajari kitab al-muwatta bersama rakyatnya.

Imam Malik membernarkan tetapi Ulama' itu mengenakan SYARAT terhadap mereka.

Imam Malik berkata, "Boleh, dengan syarat mereka tidak melangkahi bagi jemaah yg datang lebih awal. Anak-anakmu harus rela duduk di mana-mana sahaja yang disediakan untuk mereka."



Begitulah kisah yg mempamerkan sikap penghulu mazhab Maliki yang menunjukkan betapa tinggi penghargaannya terhadap ilmu. Beliau tidak mahu ilmu 'dilecehkan' bahkan oleh seorang khalifah sekalipun.
al-ilmu yukta wa la ya'ti yang bermaksud ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi, masih terngiang di telinga para pencinta ilmu hingga kini




Marilah kita mencontohi ulama yg menuntut ilmu bertahun-tahun, sanggup mengembara berbulan2, kurang tidur untuk menghafal, mengkaji, dan menulis...Tanamkanlah minat dalam diri kita agar mencintai ilmu...Marilah kita sama-sama berusaha untuk  ke kelas sebelum guru memasuki kelas..Disiplin kunci kejayaan..Moga kita sama2 dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..in sya Allah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang mengajar saya dari skecil2 perkara sehinggalah sebesar-besar perkara...andalah guru saya.jazakallahu khoiron kathira wa barokallahufik. Hanya Allah layak membalas jasa kalian..:)

sumber : Belajar dari Dua Umar kenyangkan perut rakyat
Wassalam

Sunday, May 8, 2011

Apabila telinga berdengung 2 harakat

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

Saya yakin dan pasti bahawa setiap orang pernah merasai telinga yg berdengung akibat dimasuki air. Kebiasaanya berlaku  apabila kita mandi-manda dengan riang sekali tak kiralah..sama ada di kolam renang, sungai , pantai, bilik air atau di paya~..

In sya Allah, hari ni ingin aku nk  kongsi satu petua.camne nk kluarkan air yg masuk dalam telinga

petua ni baru terbaca dari komik sains paling popular di korea.disbbkan aku pandai bhs korea, lalu ku beli laa..huhu..=_='   kalau anda mahu baca silalah beli komik ini. Ikhtiar hidup tangani krisis. stakat ni. , komik ni laa yg bermanfaat spanjang idupku~..huhu..




mungkin ade yg dah tau...camne nk kluarkan air dr telinga


salah satu cara yang popular adalah dengan memasukkan air kembali ke dalam telinga kita yg dimasuki air tu...
kemudian cepat2 tebalikkan(betul ke perkataan ni?) kepala kita untuk mmbuang air tu dr telinga..in sya Allah air tu kluar dan air yg kluar itu panas.

ataupun..kita biarkan sahaja telinga kita berdengung sampai 6 harakat ....lama2 dia pun kluar laa sendiri air tu..tp kene sabar laa kan...

gambar hiasan.jgn tiru aksi ini~
nk tiru pun boleh~

cara baru yg saya baru tahu ni...
begini

kita sengetkan kepala dengan menghalakan telinga ke bawah. Kemudian lompat-lompat menggunakan satu kaki sehingga air mengalir dari telinga


haus2 sedut jer kat straw ni..


Teori ini sama  seperti  situasi air dalam straw
kan kalau kita tgok kadang2 dlm straw tu ade air..tp die xtubik pun...duk dalam tu jer..


Keadaan ini terjadi disebabkan tegangan permukaan air....
*tegangan permukaan air  : daya tarikan antara molekul cecair yg berada pada permukaan
ketuk beberapa kali straw tu....dan air akan keluar...

sama jer laaa mcam telinga kita...kita lompat2 jer..lepas tu kluar laah air tu


sila buat macam ni....terketar2 tgn sy lukis guna paint
huhu..




kbtulan saya suda cuba..sbb air termasuk dalam telinga.kurang 1 minit air kluar..alhmdulillah...



selamat mencuba!...


Saturday, May 7, 2011

Apabila Sa'ad bin Abi Waqqas berdoa

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Jam mnunjukkan 1.16pg. Jam sebegini kebiasaannya orang sudah tidur...ya..maka, kepada yg belum tidur mungkin sedang menerjah blog aku  yang dipenuhi dengan sawang yang tebal di samping labah2 aku ucapkan selamat malam dan terima kasih sudi berkunjung.. Pertamanya, seribu kemaafan kepada pengunjung yg selalu dtg blog ni..tp bila bukak jer  hati menjadi hampa dek kerana blog yang tidak up-to-date.ni.saya maksudkan isi yg tak terupdate sebenarnya.huhu..wah hampa la bagai kan. 


Pagi ini, ingin saya kongsikan kisah saad bin abi waqas yang berdoa kerana difitnah. wah...kbtulan pula isu fitnah sdg hangat  kan sekarang..hihi..)






Kisahnya bermula di zaman khalifah Umar bin Khattab . Saidina Umar telah mendengar seseorang mengadu tentang Saad bin Abi Waqqas bahawa solatnya tidak bagus. sedangkan Saad pada waktu itu ialah seorang gabenor di Kufah.




Lalu Umar jumpa dgn Saad...Umar tny Saad, tntg apa yg dilaporkan kepadanya tntg solat Saad...



Saad  jawab " Sungguh aku solat sperti yg dikerjakan Rasulullah salallahualaihi wassalam.  Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melakukan solat Isyak  dua rakaat pertama lebih lama daripada dua rakaat kedua,"




Umar tidak terus mmpercayai Saad stlh mendengar kata2nya...tetapi Umar telah memasang spy untuk selidik tentang Saad.



Hasilnya, ramai masyarakat yg memuji Saad. TETAPI ada seorang sahaja yg sngt benci dan mmburuk2kannya



"Saad tak pernah pergi medan perang. Dia tidak pernah membahagikan harta rampasan dgn sama rata  dan tidak pernah memutuskan perkara dengan adil"






Perkara ini sampai ke pengetahuan Saad bin Abi Waqqas. Lalu Saad segera berdoa

" Ya Allah kalau orang ini berdusta , aku meminta kepadaMu 3 perkara. Panjangkanlah umurnya, panjangkanlah melaratnya  dan masukkan dia ke dalam fitnah."

Maha suci Allah, doanya termakbul.



Umur lelaki itu dipanjangkan usianya oleh Allah dalm keadaan melarat, alisnya pula panjang sampai menutupi matanya. Kalau melihat anak2 gadis lalu di depannya, dia selalu mengedipkan matanya. Kalau ditanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, "Aku  seorang lelaki tua, ditimpa cubaan dan akibat doa Saad."

Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim 



Melalui kisah ini kita dapat lihat doa tidak boleh dianggap remeh, lebih-lebih lagi apabila doa orang yg dianiaya atau difitnah. Bukankah doa senjata orang Mukmin yang tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sekuat apa pun musuh.


Doa tidak hanya melahirkan optimisme dan harapan, tetapi juga mengukuhkan langkah dan rancangan. Ketika   seorang mukmin tidak mempunyai apa pun, doa boleh menjadi baja bagi keimannya..menjadi bahan bakar bagi semangatnya. Kaedah inilah yang menjelaskan, walaupun telah mendapat jaminan ampunan dan pertolongan daripada Allah, para nabi ttp berdoa.





" Doa memberikan kekuatan kepada orang yg lemah,
membuat orang yg xpercaya mnjadi percaya,
dan memberikan keberanian kepada orang yg ketakutan..
Kerana doa adalah senjata ampuh bagi orang Mukmin..
Maka banyakkanlah berdoa bergantung harap padaNya..
Dalam meniti kehidupan yg sudah pastinya xterlepas dari cabaran dan dugaan.."








Berdoalah  kepada Allah di mana sahaja kita berada dan bila-bila shaja walau sekecil apa pun permintaan kita...janganlah kita menjadi orang yang sombong..berasa diri mampu untuk menempuh hidup ini tanpa pertolongan Allah. nasihat buat shbt dan diriku yang selalu lupa.lupa lagi~..:p    Wallahua'lam.



sumber : Belajar Dari Dua Umar kenyangkan perut rakyat.