Pagi ini, ingin saya kongsikan kisah saad bin abi waqas yang berdoa kerana difitnah. wah...kbtulan pula isu fitnah sdg hangat kan sekarang..hihi..)
Kisahnya bermula di zaman khalifah Umar bin Khattab . Saidina Umar telah mendengar seseorang mengadu tentang Saad bin Abi Waqqas bahawa solatnya tidak bagus. sedangkan Saad pada waktu itu ialah seorang gabenor di Kufah.
Lalu Umar jumpa dgn Saad...Umar tny Saad, tntg apa yg dilaporkan kepadanya tntg solat Saad...
Saad jawab " Sungguh aku solat sperti yg dikerjakan Rasulullah salallahualaihi wassalam. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melakukan solat Isyak dua rakaat pertama lebih lama daripada dua rakaat kedua,"
Umar tidak terus mmpercayai Saad stlh mendengar kata2nya...tetapi Umar telah memasang spy untuk selidik tentang Saad.
Hasilnya, ramai masyarakat yg memuji Saad. TETAPI ada seorang sahaja yg sngt benci dan mmburuk2kannya
"Saad tak pernah pergi medan perang. Dia tidak pernah membahagikan harta rampasan dgn sama rata dan tidak pernah memutuskan perkara dengan adil"
Perkara ini sampai ke pengetahuan Saad bin Abi Waqqas. Lalu Saad segera berdoa
" Ya Allah kalau orang ini berdusta , aku meminta kepadaMu 3 perkara. Panjangkanlah umurnya, panjangkanlah melaratnya dan masukkan dia ke dalam fitnah."
Maha suci Allah, doanya termakbul.
Umur lelaki itu dipanjangkan usianya oleh Allah dalm keadaan melarat, alisnya pula panjang sampai menutupi matanya. Kalau melihat anak2 gadis lalu di depannya, dia selalu mengedipkan matanya. Kalau ditanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, "Aku seorang lelaki tua, ditimpa cubaan dan akibat doa Saad."
Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
Melalui kisah ini kita dapat lihat doa tidak boleh dianggap remeh, lebih-lebih lagi apabila doa orang yg dianiaya atau difitnah. Bukankah doa senjata orang Mukmin yang tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sekuat apa pun musuh.
Doa tidak hanya melahirkan optimisme dan harapan, tetapi juga mengukuhkan langkah dan rancangan. Ketika seorang mukmin tidak mempunyai apa pun, doa boleh menjadi baja bagi keimannya..menjadi bahan bakar bagi semangatnya. Kaedah inilah yang menjelaskan, walaupun telah mendapat jaminan ampunan dan pertolongan daripada Allah, para nabi ttp berdoa.
" Doa memberikan kekuatan kepada orang yg lemah,
membuat orang yg xpercaya mnjadi percaya,
dan memberikan keberanian kepada orang yg ketakutan..
Kerana doa adalah senjata ampuh bagi orang Mukmin..
Maka banyakkanlah berdoa bergantung harap padaNya..
Dalam meniti kehidupan yg sudah pastinya xterlepas dari cabaran dan dugaan.."
Berdoalah kepada Allah di mana sahaja kita berada dan bila-bila shaja walau sekecil apa pun permintaan kita...janganlah kita menjadi orang yang sombong..berasa diri mampu untuk menempuh hidup ini tanpa pertolongan Allah. nasihat buat shbt dan diriku yang selalu lupa.lupa lagi~..:p Wallahua'lam.
sumber : Belajar Dari Dua Umar kenyangkan perut rakyat.
No comments:
Post a Comment