Ko da solat?
Buat apa. Dah study?
Dah baca al-quran?
Knp jalan macam tu? Jalan la betul2..sbb tu asik jatuh.
Duduk laa elok2 sket..kasarnya..
Jom tgok alhijrah sekarang
Kenapa xdtg usrah?
Jangan main game bnyk sngt..
Jgn asik fb..
da bace buku?
Mira da buat jadual belajar?
Meh aku tolong kau buat esaimen
Jom aku belanja makan
Mesej-mesej inilah yang biasa aku terima dari insan yang
bergelar sahabat.
Tiap kali mesej-mesej begini masuk ke dalam inbox ku, aku
rasa aku lah orang yang paling beruntung, dikurniakan insan yang bergelar
sahabat.
Alhamdulillah
Allah mengingatkan aku melalui sahabat2 ku
Moga Allah merahmati kalian.
Memiliki sahabat merupakan sebahagian daripada nikmat Allah subhanahu wataala…Sahabat sejati
amat sukar dicari dan menjadi sahabat sejati juga merupakan perkara yang amat
sukar untuk dilakukan. المرء
على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل ,
Seseorang itu terletak pada agama sahabatnya, maka hendaklah seseorang memperhatikan siapa teman dekatnya", demikian pesan nabi sallallahu alaihi
wasallam. Maka berhati-hatilah dalam
memilih sahabat dan sama2 lah kita berusaha menjadi sahabat yang baik dan
memberi manfaat kepada mereka
Sahabatku , engkau tidak jemu menegur dan menasihatiku,..fabiayyi ala irobbikuma
tukazzibaan.? maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan? Sesungguhnya..ketahuilah teguran dan nasihatmu itu membuatkan aku
sedar dan menjadi pendorong untuk aku berubah
ke arah kebaikan.. mesej- mesej ringkas yang aku dapat sering membuatkan ku berasa
gembira dan terharu.
Dah baca al-quran? Dah study ? …
simple tapi bermakna.amat.oh sungguh prihatin sahabat2 ku
ini..
Hanya Allah yang
layak membalas jasa kalian…~…Mampukah aku menjadi sahabat seperti kalian
menjadi sahabat padaku?
Pernah aku terjumpa kata-kata ini..
“Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah ialah
orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” –Saidina Ali.
Dan aku takut akulah orang yang lebih lemah itu…. (T_T)
Maafkan aku sahabat jika aku tidak mampu menjadi sahabat
seperti mana engkau menjadi sahabat kepada ku…
Terima kasih atas hadiah yang kau berikan,nasihat, kata-kata
semangat,video, buku, ayat2 al-quran….semuanya amat bermakna buatku..
Terima kasih kerana bersabar melayan perangaiku..bersabar
melayan kemengarutanku..huhuhu~
Terima kasih juga kerana sering bersamaku ketika susah dan
senang…
Jazakumullahu khoiron kathira..Allahu yubaarik fiikum.
Aku berharap aku bisa menjadi sahabat kepada mu…aamiiin..
Ketahuilah…aku tidak pernah dan tidak mahu melupakan
sahabat2ku ..dan tidak akan melupakan segala kebaikanmu in sya Allah…
Akhir kata..ingin aku memetik kata-kata
dari al-Imam ibnu 'Atoillah as-Sakandari rahimahullah
yang berbunyi :
لا تصحب من لا ينهضك حاله, ولا يدلك على الله مقاله"
“Janganlah kamu bersama/bersahabat dengan orang yang tidak
membangkitkan semangatmu dengan keadaannya, dan yang tidak menunjukkan
(mengingatkan) kamu kepada Allah dalam setiap percakapannya”
ENGKAULAH SAHABATKU.
MOGA ALLAH MERAHMATIMU…
4 comments:
T_T may Allah bless u n ur friends too! maaf kan aku atas kekurangan diri ini~ moga kita terus bersahabat kerana NYA <3 luv u fillah!
aku pun ad kkurangan..maafkan ku juga ya..heee.. uhibbuki fillah <3 <3 <3
:)
Allahu yubaarik fik.
Moga Allah sentiasa menyatukan hati kita dengan keimanan . sarangheyo:)
terima kasih atas segalanya juga mira...:')
teman akk...
bg semangat kat akk...
nangis waktu akak nangis...
sabarkan akk waktu akk marah...
terima kasih.....:')
moga kita tergolong dalam kalangan orang y bertaqwa supaya kita tidak bermusuh di akhirat kelak dan terus selamanya menjadi sahabat dunia & akhirat...
uhibbuki fillah abadan abada...:)
Post a Comment