Wednesday, December 15, 2010

Wahai Pejuang Agama



Wahai pejuang agama
Jadilah seperti pohon kelapa
Memberi selagi ada
Berbakti pada manusia
Teguh berdiri gagah perkasa
Walau badai datang melanda
Bergantung pada yang Maha Esa

Wahai pejuang agama
Tingkatkanlah ilmu di dada
Janganlah menjadi orang yang alpa
Terus leka dengan dunia
Hidup menjadi sia-sia

Wahai pejuang agama
Janganlah engkau cintakan dunia
Kerana ia sementara cuma
Cintakan Allah kekal selamanya
Takkan kecewa sampai bila-bila

Nukilan : Nor Amira bt Aminordin

Pesanan penaja :

Hidup biar selamba
Belajar biar power
Selamba-selamba juga
Allah jangan lupa
Barulah kita berjaya

2 comments:

AbYaTiNa said...

salam...
mitok izin nok share kat blog sy..
syukron...=)

نور أميرا بنت أمينورالدين said...

w'salam.tafaddhal ya ukhti.afwan.
moga brmanfaat.aamiin.:)