Wednesday, June 20, 2012

Terima kasih sahabat



Ko da solat?
Buat apa. Dah study?
Dah baca al-quran?
Knp jalan macam tu? Jalan la betul2..sbb tu asik jatuh.
Duduk laa elok2 sket..kasarnya..
Jom tgok alhijrah sekarang
Kenapa xdtg usrah?
Jangan main game bnyk sngt..
Jgn asik fb..
da bace buku?
Mira da buat jadual belajar?
Meh aku tolong kau buat esaimen
Jom aku belanja makan

Mesej-mesej inilah yang biasa aku terima dari insan yang bergelar sahabat.
Tiap kali mesej-mesej begini masuk ke dalam inbox ku, aku rasa aku lah orang yang paling beruntung, dikurniakan insan yang bergelar sahabat.

Alhamdulillah

Allah mengingatkan aku melalui sahabat2 ku
Moga Allah merahmati kalian.

Memiliki sahabat merupakan sebahagian daripada  nikmat Allah subhanahu wataala…Sahabat sejati amat sukar dicari dan menjadi sahabat sejati juga merupakan perkara yang amat sukar  untuk dilakukan. المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل , Seseorang itu terletak pada agama sahabatnya, maka hendaklah seseorang memperhatikan siapa teman dekatnya",  demikian pesan nabi sallallahu alaihi wasallam.  Maka berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan sama2 lah kita berusaha menjadi sahabat yang baik dan memberi manfaat kepada mereka



Sahabatku , engkau tidak jemu menegur  dan menasihatiku,..fabiayyi ala irobbikuma tukazzibaan.? maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan? Sesungguhnya..ketahuilah  teguran dan nasihatmu itu membuatkan aku sedar dan menjadi pendorong  untuk aku berubah ke arah kebaikan.. mesej- mesej  ringkas  yang aku dapat sering membuatkan ku berasa gembira dan terharu. 

Dah baca al-quran? Dah study ?

simple tapi bermakna.amat.oh sungguh prihatin sahabat2 ku ini..

 Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian…~…Mampukah aku menjadi sahabat seperti kalian menjadi sahabat padaku? 

Pernah aku terjumpa kata-kata  ini..

“Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan  orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” –Saidina Ali.  

Dan aku takut akulah orang yang lebih lemah itu…. (T_T)

Maafkan aku sahabat jika aku tidak mampu menjadi sahabat seperti mana engkau menjadi sahabat kepada ku…

 Terima kasih atas hadiah yang kau berikan,nasihat, kata-kata  semangat,video, buku, ayat2  al-quran….semuanya amat bermakna buatku..

Terima kasih kerana bersabar melayan perangaiku..bersabar melayan  kemengarutanku..huhuhu~

Terima kasih juga kerana sering bersamaku ketika susah dan senang…

Jazakumullahu khoiron kathira..Allahu yubaarik fiikum.

Aku berharap aku bisa menjadi sahabat kepada mu…aamiiin..

Ketahuilah…aku tidak pernah dan tidak mahu melupakan sahabat2ku ..dan tidak akan melupakan segala kebaikanmu in sya Allah…



Akhir kata..ingin aku memetik kata-kata  

dari al-Imam ibnu 'Atoillah as-Sakandari rahimahullah
yang berbunyi :

لا تصحب من لا ينهضك حاله, ولا يدلك على الله مقاله"

“Janganlah kamu bersama/bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan semangatmu dengan keadaannya, dan yang tidak menunjukkan (mengingatkan) kamu kepada Allah dalam setiap percakapannya”

ENGKAULAH SAHABATKU.
MOGA ALLAH MERAHMATIMU…