Saturday, November 17, 2012

my first gif.


Wednesday, July 25, 2012

hidup


Dalam hidup ini.....
Manusia .. pelbagai ragamnya
cubalah untuk mengenali, memahami 
dan meraikan mereka...
berhati-hatilah juga 
kerana ada yang mengambil kesempatan 
bersabarlah..dan bersyukurlah 
bagi yang mendapat petunjuk dari Ilahi
bersabarlah kerana dunia ini sementara cuma..
seperti bola kaca yang akan pecah tak tau bila...

mereka hadir ..
menceriakan dan menggembirakan hidup kita..
tidak kurang juga yang menyebabkan butir-butir mutiara
jatuh membasahi pipi..

mereka ibarat warna 
yang mewarnai lukisan hidup kita
mereka hadir dan pergi
kita gembira dan sedih
Allah datangkan mereka kepada kita
agar kita dapat belajar sesuatu daripada mereka..
dan kita sering terlupa...
Allah itu..tidak pernah pergi dan sentiasa ada
dengan kita..
in sya Allah..

(sedang berkata-kata kepada diri sendiri)
ingatlah bahawa, dalam hidup ni...
Allah sentiasa ada bersama kita
cuma....kita yang sering melupakan Allah T_T
Astaghfirullah....

moga2 Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih bertakwa
aamiin ya Robb

إلهي.....إني في أمس الحاجة إليك
فلا تتركني وحيدا.....

ya Tuhanku.....sesungguhnya aku tersangat menginginkanMu
maka janganlah..tinggalkan aku keseorangan...:(



bila kita sedih time hujan
hujan pulak lebat
kesedihan kita tu jadi sama dengan kelebatan hujan
entah2 lagi lebat
ooi~..merapu...

:) Allah....bnyk menda nk kene bekki nih~..
help me Allah..
#risaudengandirisendiri


Wednesday, June 20, 2012

Terima kasih sahabat



Ko da solat?
Buat apa. Dah study?
Dah baca al-quran?
Knp jalan macam tu? Jalan la betul2..sbb tu asik jatuh.
Duduk laa elok2 sket..kasarnya..
Jom tgok alhijrah sekarang
Kenapa xdtg usrah?
Jangan main game bnyk sngt..
Jgn asik fb..
da bace buku?
Mira da buat jadual belajar?
Meh aku tolong kau buat esaimen
Jom aku belanja makan

Mesej-mesej inilah yang biasa aku terima dari insan yang bergelar sahabat.
Tiap kali mesej-mesej begini masuk ke dalam inbox ku, aku rasa aku lah orang yang paling beruntung, dikurniakan insan yang bergelar sahabat.

Alhamdulillah

Allah mengingatkan aku melalui sahabat2 ku
Moga Allah merahmati kalian.

Memiliki sahabat merupakan sebahagian daripada  nikmat Allah subhanahu wataala…Sahabat sejati amat sukar dicari dan menjadi sahabat sejati juga merupakan perkara yang amat sukar  untuk dilakukan. المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يخالل , Seseorang itu terletak pada agama sahabatnya, maka hendaklah seseorang memperhatikan siapa teman dekatnya",  demikian pesan nabi sallallahu alaihi wasallam.  Maka berhati-hatilah dalam memilih sahabat dan sama2 lah kita berusaha menjadi sahabat yang baik dan memberi manfaat kepada mereka



Sahabatku , engkau tidak jemu menegur  dan menasihatiku,..fabiayyi ala irobbikuma tukazzibaan.? maka nikmat Tuhan yang manakah yang engkau dustakan? Sesungguhnya..ketahuilah  teguran dan nasihatmu itu membuatkan aku sedar dan menjadi pendorong  untuk aku berubah ke arah kebaikan.. mesej- mesej  ringkas  yang aku dapat sering membuatkan ku berasa gembira dan terharu. 

Dah baca al-quran? Dah study ?

simple tapi bermakna.amat.oh sungguh prihatin sahabat2 ku ini..

 Hanya Allah yang layak membalas jasa kalian…~…Mampukah aku menjadi sahabat seperti kalian menjadi sahabat padaku? 

Pernah aku terjumpa kata-kata  ini..

“Selemah-lemah manusia ialah yang tidak boleh mencari sahabat dan  orang yang lebih lemah ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” –Saidina Ali.  

Dan aku takut akulah orang yang lebih lemah itu…. (T_T)

Maafkan aku sahabat jika aku tidak mampu menjadi sahabat seperti mana engkau menjadi sahabat kepada ku…

 Terima kasih atas hadiah yang kau berikan,nasihat, kata-kata  semangat,video, buku, ayat2  al-quran….semuanya amat bermakna buatku..

Terima kasih kerana bersabar melayan perangaiku..bersabar melayan  kemengarutanku..huhuhu~

Terima kasih juga kerana sering bersamaku ketika susah dan senang…

Jazakumullahu khoiron kathira..Allahu yubaarik fiikum.

Aku berharap aku bisa menjadi sahabat kepada mu…aamiiin..

Ketahuilah…aku tidak pernah dan tidak mahu melupakan sahabat2ku ..dan tidak akan melupakan segala kebaikanmu in sya Allah…



Akhir kata..ingin aku memetik kata-kata  

dari al-Imam ibnu 'Atoillah as-Sakandari rahimahullah
yang berbunyi :

لا تصحب من لا ينهضك حاله, ولا يدلك على الله مقاله"

“Janganlah kamu bersama/bersahabat dengan orang yang tidak membangkitkan semangatmu dengan keadaannya, dan yang tidak menunjukkan (mengingatkan) kamu kepada Allah dalam setiap percakapannya”

ENGKAULAH SAHABATKU.
MOGA ALLAH MERAHMATIMU…

Tuesday, April 17, 2012

start over


kadang-kadang bila kita rasa terlalu banyak sangat kesalahan yang kita lakukan ..
rasa macam nak putar balik masa
nak betulkan semmmuaaaa kesalahan ,kesilapan dan kekhilafan yang pernah kita buat
tapi hidup mesti diteruskan, 

cuma kena belajar dari pengalaman dan kesalahan lah kan?
pasti ada hikmah atas semua yang berlaku


Allah selalu je ada ngan kita.tapi kita jer yang selalu lupakan Allah ~ (T___T)
kan?

just be positive. 

:)


soleh dan solehahnya awak.
nak jadi macam awak boleh?