Monday, June 20, 2011

al-fil,Gajah

Assalamualaikum. Apa kabor pembaca sekalian?? Moga sihat2 semua dan berada dalam lindunganNya. Kali ini, sy bukan nk berkongsi tentang gam gajah jauh sekali kain pelikat cap gajah duduk.huhu... hari ni saya nk kongsi kisah di sebalik surah al-fil; gajah. 




Surah al-Fil merupakan surah yg ke 105 dalam al-Quran ,dan mengandungi 5 ayat . Peristiwa dari Surah ini merupakan satu bukti besar bagaimana Allah menjaga dan memelihara Ka'bah.

Surah ini mengisahkan tentang seorang panglima perang Habsyah yang bernama Abrahah al-Sabbah yg merupakan wakil najashi di Yaman telah membina sebuah gereja yg besar di Yaman memandangkan dia mendapati ramai orang Arab mengerjakan haji ke Baitullah. Maka dia bercita-cita untuk mengalihkan tumpuan orang Arab agar menunaikan haji di Yaman


Seorang lelaki dari Bani Kinanah mengetahui rancangan tersebut. Lalu, dia masuk ke gereja itu dan mengotorinya dengan najis



Abrahah mendapat tahu. Menyirap darahnya kemarahan. Lantas Abrahah mengambil tindakan membawa bala tentera yg besar berjumlah 60000 anggota menuju ke Ka'bah bertujuan untuk meruntuhkannya.


Dia memilih untuknya gajah yg paling besar....




Terdapat 9 atau 13 ekor gajah dalam kalangan bala tentera itu.

Dalam perjalanan, ketika sampai di al-Mighmas, dia mengatur barisan tenteranya,melengkapkan persediaan gajahnya serta bersedia untuk masuk menyerang Mekah



Tatkala sampai di Wadi Muhassir ; antara Muzdalifah dan Mina, gajahnya tiba-tiba menderum dan enggan bangun untuk menuju ke Mekah


gajah menderum

Setiap kali mereka menghalakan gajah itu ke selatan atau utara atau timur, gajah-gajah itu akan bangun dan berrlari-lari anak. Tetapi  apabila dihalakan ke arah Ka'bah ia terus menderum semula.




Tiba-tiba Allah mengutuskan burung Ababil dari atas mereka yang melontarkan batu-batu sijjil (yg keras dan panas)..jadilah mereka seperti daun yg dimakan ulat. Burung-burung itu seperti burung khatatif (swift) dan balsan.



Setiap burung membawa 3 biji batu, sebiji di paruhnya dan dua biji di kakinya. Batu-batu itu kecil dan  berbentuk seperti kacang putih . Bayangkan betapa hebatnya Allah, batu sebesar kacang putih itu mengakibatkan anggota tubuh terputus-putus dan mati


kacang putih

Tetapi tidak semua daripada mereka ditimpa lontaran batu itu. Mereka yg tidak kena, keluar melarikan diri
sambil berasakan antara satu sama lain, lalu mereka terjatuh di merata tempat dan mati bergelimpangan di segenap simpang


Allah mengutuskan penyakit kepada Abrahah yg menyebabkan JARI-JARI BERGUGURAN. Bukan setakat itu sahaja, apabila sesampainya di San'a  dia kelihatan sangat lemah, JANTUNGNYA TERBURAIII dari dadanya, kemudian dia pun mati..




Sebelum itu,orang-orang Quraish  melarikan diri ke merata lorong dan denai di sekitar Mekah dan berlindung di atas bukit kerana bimbangkan keselamatan diri mereka dari serangan Habsyah. Mereka kembali ke rumah mereka dgn aman dan sejahtera...  begitulah kisah Abrahah  yg ditimpa bala bencana .


Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari kisah ini..agar kita tidak menjadi orang yg bongkak seperti Abrahah yg akhirnya ditimpa kecelakaan oleh Allah subhanahu wa taala yang menghantar burung-burung sahaja untuk menewaskan gajah yang besar..

WALLAHUA'LAM.

rujukan : Raheeq al-Makhtum terbitan YADIM.