Wednesday, May 25, 2011

Buah Katak

Assalamualaikum

" awk nk tak buah ni??"
"sy bawak dari kampung ..."
"buah apa ni???" 
"kenapa nampak pelik jerr buah ni.." 
 "ni namenyer buah katak"  
"xpernah dgr ea?" 
"haaaaaa!!! kataak??" 
"eeee xnk laaaa ...takut nk makan"

Anda pernah makan buah katak a.k.a buoh katok??...haha..Dialog di atas pernah berlaku  pada saya sendiri  ketika saya membawa buah ni mase first year kat UIA..buah ini bnyk di tanam di kawasan pantai timur dan utara..dan kebiasaanya orang pantai timur yg panggil buah katak..mungkin permukaan buah ni yg menggerutu seperti badan katak yg membuatkan buah ini dipanggil begitu...

cuba tgok...ad meh x.?..hihi...


selain buah katak, ia juga dipanggil buah nanam atau nam-nam atau nama saintifik dia cynometra cauliflora



sedang2 google terjumpa laa di wikipedia cuba klik di sini : buoh katok
dan di plantspedia juga ada.. : buoh katok jugok


Buah katak ni  rasanya masam2 manis...kelat2 sket..wahh...slrrp...sedapnyer.kalau time buah ni muda lagi rasanya masam2 + kelat....kalau dah masak laaa best...masam2 manis....


The fruits are reported to have useful medicinal properties too and are used in folk medicinal preparation.  In fact, at some places, Namnam fruit is sold in the market for this purpose only.

Dikatakan buah ini berkhasiat untuk mengubati penyakit darah tinggi, kencing manis, batu karang dan melancarkan peredaran darah


Manakala minyak dr bijinya digunakan di India untuk merawat penyakit kulit


bila dibelah gini laa rupenyer..biji xleh makan..


macam ni la rupanya bila dia kat pokok... yg sebelah lagi, pokok die..

ihsan google


kalau kutip buah tu kat tanah ker...jgn tersalah ambil...mane tau...tiba2 tersalah pegang katak..hihi.


so...lepas ni..jgn laa takut makan buah katak ni...bukan makan katak pun...huhu..



Wassalam.

Monday, May 16, 2011

العلم يؤتى ولا يأتي

Assalamualaikum warohamtullahi wabarokaatuh. alhmdulillah. dpt update blog lagi harini.

In sya Allah hari ni ak rase nk kongsi satu cerita yg berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid.

Semasa pemerintahan khalifah ke-5 Daulah Abbasiyyah itu, beliau mendengar tentang ketinggian ilmu Imam Malik, lalu beliau memerintahkan salah seorang utusannya untuk memanggil ulama itu.

Khalifah Harun ar-Rasyid sering mendengar tentang kitab al-muwatta' karangan Imam Malik yg selalu dibahas di masjid-masjid daripada orang bawahannya.


Harun ar-Rasyid berasa sangat terkejut apabila  Imam Malik menolak untuk datang ke istananya.

Lalu beliau menyuruh pesuruhnya untuk memberitahu tujuannya memanggil imam. " Aku ingin anak-anakku mendengarkan kajian kitab al-Muwatta' di istana," Ujar Harun-ar Rasyid

Setelah hal itu disampaikan kepada Imam Malik, lantas dengan tegas Imam Malik menjawab, " Semoga Allah memberikan kejayaan kpd Amirul Mukminin. Ilmu ini datang dari baitun nubuwwah (rumah kenabian). Jika kamu memuliakannya ia akan mulia. Jika kamu merendahkannya, ia jadi hina. Ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi." 


Maka khalifah Harun ar-Rasyid tidak dapat berbuat apa-apa.

Justeru itu, khalifah Harun ar-Rasyid menyuruh kedua-dua puteranya;al-Amin dan al-Makmun  datang ke masjid untuk mempelajari kitab al-muwatta bersama rakyatnya.

Imam Malik membernarkan tetapi Ulama' itu mengenakan SYARAT terhadap mereka.

Imam Malik berkata, "Boleh, dengan syarat mereka tidak melangkahi bagi jemaah yg datang lebih awal. Anak-anakmu harus rela duduk di mana-mana sahaja yang disediakan untuk mereka."



Begitulah kisah yg mempamerkan sikap penghulu mazhab Maliki yang menunjukkan betapa tinggi penghargaannya terhadap ilmu. Beliau tidak mahu ilmu 'dilecehkan' bahkan oleh seorang khalifah sekalipun.
al-ilmu yukta wa la ya'ti yang bermaksud ilmu itu harus didatangi, bukan mendatangi, masih terngiang di telinga para pencinta ilmu hingga kini




Marilah kita mencontohi ulama yg menuntut ilmu bertahun-tahun, sanggup mengembara berbulan2, kurang tidur untuk menghafal, mengkaji, dan menulis...Tanamkanlah minat dalam diri kita agar mencintai ilmu...Marilah kita sama-sama berusaha untuk  ke kelas sebelum guru memasuki kelas..Disiplin kunci kejayaan..Moga kita sama2 dapat memperbaiki diri ke arah yang lebih baik..in sya Allah.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua yang mengajar saya dari skecil2 perkara sehinggalah sebesar-besar perkara...andalah guru saya.jazakallahu khoiron kathira wa barokallahufik. Hanya Allah layak membalas jasa kalian..:)

sumber : Belajar dari Dua Umar kenyangkan perut rakyat
Wassalam

Sunday, May 8, 2011

Apabila telinga berdengung 2 harakat

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh.

Saya yakin dan pasti bahawa setiap orang pernah merasai telinga yg berdengung akibat dimasuki air. Kebiasaanya berlaku  apabila kita mandi-manda dengan riang sekali tak kiralah..sama ada di kolam renang, sungai , pantai, bilik air atau di paya~..

In sya Allah, hari ni ingin aku nk  kongsi satu petua.camne nk kluarkan air yg masuk dalam telinga

petua ni baru terbaca dari komik sains paling popular di korea.disbbkan aku pandai bhs korea, lalu ku beli laa..huhu..=_='   kalau anda mahu baca silalah beli komik ini. Ikhtiar hidup tangani krisis. stakat ni. , komik ni laa yg bermanfaat spanjang idupku~..huhu..




mungkin ade yg dah tau...camne nk kluarkan air dr telinga


salah satu cara yang popular adalah dengan memasukkan air kembali ke dalam telinga kita yg dimasuki air tu...
kemudian cepat2 tebalikkan(betul ke perkataan ni?) kepala kita untuk mmbuang air tu dr telinga..in sya Allah air tu kluar dan air yg kluar itu panas.

ataupun..kita biarkan sahaja telinga kita berdengung sampai 6 harakat ....lama2 dia pun kluar laa sendiri air tu..tp kene sabar laa kan...

gambar hiasan.jgn tiru aksi ini~
nk tiru pun boleh~

cara baru yg saya baru tahu ni...
begini

kita sengetkan kepala dengan menghalakan telinga ke bawah. Kemudian lompat-lompat menggunakan satu kaki sehingga air mengalir dari telinga


haus2 sedut jer kat straw ni..


Teori ini sama  seperti  situasi air dalam straw
kan kalau kita tgok kadang2 dlm straw tu ade air..tp die xtubik pun...duk dalam tu jer..


Keadaan ini terjadi disebabkan tegangan permukaan air....
*tegangan permukaan air  : daya tarikan antara molekul cecair yg berada pada permukaan
ketuk beberapa kali straw tu....dan air akan keluar...

sama jer laaa mcam telinga kita...kita lompat2 jer..lepas tu kluar laah air tu


sila buat macam ni....terketar2 tgn sy lukis guna paint
huhu..




kbtulan saya suda cuba..sbb air termasuk dalam telinga.kurang 1 minit air kluar..alhmdulillah...



selamat mencuba!...


Saturday, May 7, 2011

Apabila Sa'ad bin Abi Waqqas berdoa

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokaatuh. Jam mnunjukkan 1.16pg. Jam sebegini kebiasaannya orang sudah tidur...ya..maka, kepada yg belum tidur mungkin sedang menerjah blog aku  yang dipenuhi dengan sawang yang tebal di samping labah2 aku ucapkan selamat malam dan terima kasih sudi berkunjung.. Pertamanya, seribu kemaafan kepada pengunjung yg selalu dtg blog ni..tp bila bukak jer  hati menjadi hampa dek kerana blog yang tidak up-to-date.ni.saya maksudkan isi yg tak terupdate sebenarnya.huhu..wah hampa la bagai kan. 


Pagi ini, ingin saya kongsikan kisah saad bin abi waqas yang berdoa kerana difitnah. wah...kbtulan pula isu fitnah sdg hangat  kan sekarang..hihi..)






Kisahnya bermula di zaman khalifah Umar bin Khattab . Saidina Umar telah mendengar seseorang mengadu tentang Saad bin Abi Waqqas bahawa solatnya tidak bagus. sedangkan Saad pada waktu itu ialah seorang gabenor di Kufah.




Lalu Umar jumpa dgn Saad...Umar tny Saad, tntg apa yg dilaporkan kepadanya tntg solat Saad...



Saad  jawab " Sungguh aku solat sperti yg dikerjakan Rasulullah salallahualaihi wassalam.  Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melakukan solat Isyak  dua rakaat pertama lebih lama daripada dua rakaat kedua,"




Umar tidak terus mmpercayai Saad stlh mendengar kata2nya...tetapi Umar telah memasang spy untuk selidik tentang Saad.



Hasilnya, ramai masyarakat yg memuji Saad. TETAPI ada seorang sahaja yg sngt benci dan mmburuk2kannya



"Saad tak pernah pergi medan perang. Dia tidak pernah membahagikan harta rampasan dgn sama rata  dan tidak pernah memutuskan perkara dengan adil"






Perkara ini sampai ke pengetahuan Saad bin Abi Waqqas. Lalu Saad segera berdoa

" Ya Allah kalau orang ini berdusta , aku meminta kepadaMu 3 perkara. Panjangkanlah umurnya, panjangkanlah melaratnya  dan masukkan dia ke dalam fitnah."

Maha suci Allah, doanya termakbul.



Umur lelaki itu dipanjangkan usianya oleh Allah dalm keadaan melarat, alisnya pula panjang sampai menutupi matanya. Kalau melihat anak2 gadis lalu di depannya, dia selalu mengedipkan matanya. Kalau ditanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, "Aku  seorang lelaki tua, ditimpa cubaan dan akibat doa Saad."

Kisah ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim 



Melalui kisah ini kita dapat lihat doa tidak boleh dianggap remeh, lebih-lebih lagi apabila doa orang yg dianiaya atau difitnah. Bukankah doa senjata orang Mukmin yang tidak mungkin dapat dikalahkan oleh sekuat apa pun musuh.


Doa tidak hanya melahirkan optimisme dan harapan, tetapi juga mengukuhkan langkah dan rancangan. Ketika   seorang mukmin tidak mempunyai apa pun, doa boleh menjadi baja bagi keimannya..menjadi bahan bakar bagi semangatnya. Kaedah inilah yang menjelaskan, walaupun telah mendapat jaminan ampunan dan pertolongan daripada Allah, para nabi ttp berdoa.





" Doa memberikan kekuatan kepada orang yg lemah,
membuat orang yg xpercaya mnjadi percaya,
dan memberikan keberanian kepada orang yg ketakutan..
Kerana doa adalah senjata ampuh bagi orang Mukmin..
Maka banyakkanlah berdoa bergantung harap padaNya..
Dalam meniti kehidupan yg sudah pastinya xterlepas dari cabaran dan dugaan.."








Berdoalah  kepada Allah di mana sahaja kita berada dan bila-bila shaja walau sekecil apa pun permintaan kita...janganlah kita menjadi orang yang sombong..berasa diri mampu untuk menempuh hidup ini tanpa pertolongan Allah. nasihat buat shbt dan diriku yang selalu lupa.lupa lagi~..:p    Wallahua'lam.



sumber : Belajar Dari Dua Umar kenyangkan perut rakyat.

Friday, January 28, 2011

Budak zaman sekarang



Budak zaman sekarang
malu semakin kurang
pemikiran sentiasa diserang
ilmu di dada kering kontang
bila ditegur akan menentang
tak ditegur melayang2
terpengaruh dengan budaya songsang
jangan sampai menconteng arang


wahai budak zaman sekarang,
jangan kau leka dengan dunia
semua ini lakonan belaka
di akhirat kelak akan dibicara
kumpullah pahala daripada dosa
kelak bahagia di syurga sana
atau NERAKA LAH jawabnya
HIDUP PUN SIA-SIA 

RENUNG-RENUNGKAN WAHAI DIRI
WAHAI ADIK BERADIK
 SAHABAT-SAHABAT
PERJUANGAN

feeling masa buat sajak ni :  marah & geram
sabor itu sebahagiangg daripada imang.

kembali tenang. 








Wednesday, December 29, 2010

Cara betul tulis in sya Allah


Assalamualaikum.entry sblum ni tentang maa sya Allah..in sya Allah..kali ni tentang in sya Allah pula..huhu.Saya menjadi concern tentang hal ini semenjak tahun pertama pengajian saya di cfs iium apabila diberitahu oleh ustaz.Sudah lame mahu berkongsi di blog..(tapi tahulah bakpe dok tulis2 agi).huhu.sbb ramai sngt yg tulis salah...kita sudah sedia maklum,kalau tulisan atau baris yg tersalah,akan membawa makna yg lain..begitu juga dgn in sya Allah..saya melihat kesalahan ini bukan hanya dilakukan oleh pelajar-pelajar atau masyarakat di Malaysia sahaja..bahkan dalam kalangan orang2 Arab pun selalu memandang enteng tentang cara penulisan in sya Allah.mengapa yer...??? wallahua'lam.

kesalahan ejaan yang biasa dilakukan

   إنشاء الله - penciptaan/pembuatan Allah

yang sepatutnya 
إن شاء الله - jika Allah menghendaki   

Sedikit perkongsian yang saya ambil dr www.islam2all.com


(ade sstgh kalimah yg saya tak tau..huhu..tp boleh difahami lagi..cuba lah bace..)



klik di sini untuk pergi ke laman web yg dirujuk

كتابة إن شاء الله أو إنشاء الله أيهما الصواب؟



السؤال:
منتشر في المنتديات أنك لا تكتب كلمة إن شاء الله بهذه الطريقة إنشاء لله لأن معنى كلمة إنشاء هو الخلق أو البناء فما أدري هل هذه المعلومة صحيحة أم إذا كانت صحيحه فيلزم تصدر بها فتوى رسمية لأن معظم الناس تكتبها هكذا إنشالله ....



الجواب:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:


فإن لفظ: (إن شاء) في الاستثناء بكلمة: (إن شاء الله) يختلف عن لفظ (إنشاء) في الصورة والمعنى.


أما الصورة، فإن الأول منهما عبارة عن كلمتين: أداة الشرط (إن)، وفعل الشرط (شاء). والثاني منهما كلمة واحدة.


أما المعنى، فإن الأول منهما يؤتى به لتعليق أمر ما على مشيئة الله تعالى،
والثاني منهما معناه الخلق كما ذكر السائل، 
فتبين بهذا أن الصحيح كتابتها (إن شاء الله)،
وأنه من الخطأ الفادح كتابتها كلمة واحدة (إنشاء الله) فليتنبه.


ولعل من المناسب أن نذكر بعضاً مما ورد بشأن هذه الكلمة، ومن ذلك:


أولاً: توجيه الله تعالى لنبيه صلى الله عليه وسلم إلى هذا النوع من الأدب، وذلك في قوله سبحانه: وَلا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَلِكَ غَداً إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ [الكهف:23-24].



Dan jangan sekali- kali kamu mengatakan terhadap sesuatu ' sesungguhnya aku akan megerjakan esok , kecuali (dengan mengucapakan ) in sya Allah .Dan ingatlah kpd Tuhanmu jika lupa  dan katakanlah 'mudah-mudahan Tuhanku akan memberi petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini"Surah al-Kahfi : 23-24 






قال الجصاص في كتابه أحكام القرآن عن هذا الاستثناء: فأعلمنا الله ذلك لنطلب نجاح الأمور عند الإخبار عنها في المستقبل بذكر الاستثناء الذي هو مشيئة الله.


الثاني: ما رواه البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه: عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: قال سليمان بن داود نبي الله: لأطوفنّ الليلة على سبعين امرأة كلهن تأتي بغلام يقاتل في سبيل الله، فقال صاحبه، أو الملك: قل إن شاء الله، فلم يقل ونسي، فلم تأت واحدة من نسائه، إلا واحدة، جاءت بشق غلام، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ولو قال: إن شاء الله لم يحنث، وكان دركاً له في حاجته.
أي لحاقاً وتحقيقاً لحاجته ومبتغاه.


قال الحافظ في الفتح: قال بعض السلف: نبه صلى الله عليه وسلم في هذا الحديث على آفة التمني، والإعراض عن التفويض، قال: ولذلك نسي الاستثناء ليمضي فيه القدر.

انتهى


والله أعلم.


المفتي: مركز الفتوى بإشراف د.عبدالله الفقيه


wallahua'lam

 
    p/s : kalau ade salah..betulkan yer..
           lepas ni...yg dah tahu..tegur laah kawan2 kiter yg salah eja..huhu

Tuesday, December 28, 2010

Bila Guna Maa sya Allah

Tahukah anda apa erti kalimah Maa sya'a Allah dalam bahasa Melayu?
Selalukah anda menyebutnya dalam keadaan tertentu? Anda mungkin tak ambil kisah sangat dengan maksudnya dan anda pun menyebut penuh yakin kalimah ini.
makna Maa-Syaa-a-Allah adalah lebih kurang maksudnya "apa yang diKehendaki Allah" atau "As Allah Willing" atau "As God Willing". Perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini terbahagi kepada 3 perkataan :

1. Ma (مَا ) - harf (huruf atau particle), yang boleh membawa maksud Dia yang (الَّذِي) (he whom, that which, which, what ever, what so ever) Apa (مَاذا) dan juga bukan notلَمْ).

2. Syaa-a (شاءَ) - fa'il (perbuatan atau verb), yang membawa maksud (أَرَاد) - kehendak, keinginan, (design to , be willing(to) , designate , intend ). Kamus al-Muwrid menambah - "to want, wish, desire, will, be willing (to), to intend, purpose, have in mid".

3. Allah ( الله) - Isim (nama atau nouns).

"Apa yang Allah kehendaki", "As Allah willing " ما شاء الله

Didalam senario kita di Nusantara, perkataan Maa-Syaa-a-Allah ini menunjukkan keta'juban atau terkejut atau sesuatu yang mengemparkan. Di negara Arab, perkataan Maa-Syaa-a-Allah disebut sebagai menandakan kegembiraan. Keadaan dan suasana perkataan Maa-Syaa-a-Allah digunakan dengan pelbagai maksud. Akan tetapi, maksudnya tidak berubah :- dari segi kegembiraan pun ia merupakan "Apa yang Allah kehendaki" dan juga terperanjat juga merupakan "Apa yang Allah kehendaki". Ibn Kathir menyatakan bahawa terdapat dikalangan salaf apabila melihat perkara yang ajaib mengenai harta dan anak akan menyebut :-

ما شاء الله لا قوة إلا بالله"Maa-Syaa-aAllah La Quwata illa billlah"

Sebagaimana firman Allah swt :-

وَلَوْلَا إِذْ دَخَلْتَ جَنَّتَكَ قُلْتَ مَا شَاءَ اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ إِنْ تَرَنِ أَنَا أَقَلَّ مِنْكَ مَالًا وَوَلَدًا
"Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu." [al-Kahfi : 39].

1. Yang salah ialah apabila kagum melihat maksiat, perkara buruk dsb lalu berkata Maa-Syaa-a-Allah - "Apa yang Allah kehendaki", seolah2 menyatakan 'apa nak buat, dah takdir buat maksiat/jahat'. Sebaik2nya hendaklah kita berlindung dengan Allah dari kemaksiatan tersebut dan juga beristighfar.“Astagfirrullahhalazim” (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah)

2. Kesalahan kedua ialah kesalahan dari segi sebutan panjang MAA dan juga tulisannya. Kesalahan ini akan membawa kepada pengertian yang salah. Dari segi tulisan, huruf MA di kombinasikan dengan huruf Syaa-a :-

x -"MaSyaa-a-Allah"
مشاء الله  - yang membawa maksud "Penyebar adalah Allah / A spreader is Allah"

Wallahualam..

Sekian, wassalam

Rujukan :

Munir Baalbaki dan Dr Rohi Baalbaki. Al-Mawrid. cet pertama. Beirut : Dar Al-Ilm LilMalayin, 1997.

Wednesday, December 15, 2010

Wahai Pejuang Agama



Wahai pejuang agama
Jadilah seperti pohon kelapa
Memberi selagi ada
Berbakti pada manusia
Teguh berdiri gagah perkasa
Walau badai datang melanda
Bergantung pada yang Maha Esa

Wahai pejuang agama
Tingkatkanlah ilmu di dada
Janganlah menjadi orang yang alpa
Terus leka dengan dunia
Hidup menjadi sia-sia

Wahai pejuang agama
Janganlah engkau cintakan dunia
Kerana ia sementara cuma
Cintakan Allah kekal selamanya
Takkan kecewa sampai bila-bila

Nukilan : Nor Amira bt Aminordin

Pesanan penaja :

Hidup biar selamba
Belajar biar power
Selamba-selamba juga
Allah jangan lupa
Barulah kita berjaya

Saturday, December 11, 2010

BUMI KU KIAN TENAT



Dalam meneroka alam sekeliling


Ku lihat…..


Rimbunan pepohon yg menghijau


Melambai2 ditiup bayu segar


nun di tepi pantai


anak gelama riang bercanda


dilaut luas terbentang


sang ombak tak jemu memukul pantai


pengail dan anak tawa mengilai






ah..indahnya dikala itu


tapi  itunya dahulu


masa kian berlalu





bumiku kepanasan


jerebu makin cemburu


ozon menipis sudah


salji di antartika


kejat membeku kini cair..





kurangnya oksigen di udara


banyaknya karbon dioksida di merata


tiada lagi keseimbangan rantai makanan





apakah  ini akibat kerakusan manusia durjana?


salahkah teknologi baru dicipta


salahkah john mc adam


salahkah Alexander graham bell


salahkah salahkah salahkah?





Pabila semuanya tiada


Manusia hilang pedoman


Bak si buta hilling tongkatnya


Sesat merayau di Bandaraya Kuala Lumpur..


Kini bumiku Kian tenat..

nukilan : abah saya bukan abah awak
penyajak  : saya sendiri..



Saturday, November 20, 2010

Balek ghaye.....beraya dalam bas....



malam ghaye balik ganu... fuh, pada pukul 9 malam bertolak dari cfs iium nilai ke kuala terengganu... bas bertolak tepat pada waktunye.....

masuk je area KL...keadaanye same je hinggalah pukul 3 pagi....







gambar diatas diambil oleh Amira Aminordin(eh..name aku la..haha.)... salah seorang penumpang didalam bas...

tiba2..........................bas yang aku naiki itu telah berhenti ditepi jalan........ agak2nye... kenapa la yer... xlaen dan tidak bukan.... perkara yang tidak diingini berlaku.... =)...redha je.. ada hikmah disebalik apa yg berlaku...

beginilah rupa bahagian bas yang rosak... enjin tak dpat nak berfungsi...


2 jejaka yang menempuh keadaan dengan tenang dan sabar.... walaupun hati masing bergelora... fikiran mereka berfikir " adakah aku akan beraya di highway?? " ....

selepas beberapa jam yang kami tnggu... datanglah bas untuk menghantar kami pulang ke terengganu... akan tetapi kami terpaksa menukar bas di kuantan pahang... 3 bas yang kami naek hinggalah sampai ke destinasi yang dituju... alhamdulillah... ehhehe...

pertukaran bas di kuantan pada pukul 5.30 pagi... bayangkan nak sampai ke kuala terengganu bila?? hehe... 
akhirnya dapat jugak pgalaman baru... bertakbir raya dalam bas... =)... ehhehe...
pada pukul 9.30 pagi kami sampai di destinasi... stesen bas kuala terengganu...alhamdulillah, perjalanan selamat....
 
p/s: sebenarnyer khairulanuar naim ckp die akan mengetuai takbir raya dlm bas..last2 senyap pa cceroh...dok bunyi2..ambe yg pasang takbir raya kut radio..hu...
doakan kami selamat tibe di CFS IIUM NILAI...esok kami bertolak pukul 3 ptg..agak2 kul brape yer smpi?  kul 1pg mungkin..tak pun kul 12..huhu..smoga perjalanan kami ke sane dipermudahkan oleh Allah...aaamin

copied from khairulanuar naim's blog..edited by me.haha..