Monday, October 11, 2010

Tafsir al Hujurat


 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat lagi hamba yang lemah ini diberi kekuatan unuk menulis di blog yang tercinta ini. Moga-moga penulisan saya ini akan membuatkan para pembaca mendambakan cinta yang paling hakiki yang kekal abadi iaitu Rabbul A’lamin, Allah S.W.T. Mengapa saya mengatakan demikian?? Saya mengatakan demikian kerana saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sidang peminat blog sekalian berkenaan salah satu surah dalam Al-Quran iaitu surah Al-Hujurat. Apakah perkara-perkara yang Allah S.W.T telah sampaikan pada kite melalui Junjungan Besar kite Nabi Muhammad S.A.W 1400H yang lalu. Di sini kite akan rungkai bersama-sama tafsiran surah ini dengan berdasarkan tafsiran ulama’-ulama’, hadis-hadis supaya kite memahami dengan lebih mendalam surah ini. Moga-moga melalui wasilah ini kite akan menginginkan dan mendambakan cinta Ilahi yang tidak tolok bandingnya.

Untuk pengetahuan semua, tafsiran ini bukanlah saya menafsir sendiri mengikut hawa nafsu saya akan tetapi saya mendapat input ini daripada seorang Tok Guru yang tidak asing lagi dalam dunia gerakan islam di Malaysia. Saudara saudari boleh membeli buku Tafsir surah Hujurat untuk mengetahui lebih lanjut tafsiran surah ini. Huraian dalam buku ini sangat menarik kerana penulis buku tersebut mengaitkan sedikit tentang isu-isu yang berlaku dalam kehidupan pada hari ini.

Pada bahagian pertama ini saya ingin menceritakan secara gambaran tentang surah ini. Surah Al-Hujurat ini merupakan suatu manhaj pembentukan dan penyatuan umat. Juga ia merupakan suatu kaedah pendidikan yang diajar oleh Allah S.W.T kepada orang-orang beriman. Tarbiyah daripada Allah S.W.T melalui kitabNya Al-Quran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada orang-orang beriman ialah tentang adab seorang mu’min dengan Allah dan RasulNya. Hal ini membawa maksud apabila seseorang ingin mengeluarkan sesuatu hukum atau membuat sesuatu keputusan hendaklah dirujuk kepada kitab Allah yakni Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W. Inilah merupakan adab orang mu’min kepada Allah dan RasulNya. Selepas turunnya surah ini tiada seorang mu’min pun yang berani mengeluarkan sesuatu keputusan ataupun menjatuhkan sebarang hukuman setelah mereka merujuk kepada 2 perkara asas umat Islam iaitu Al-Zikru dan Hadis An-Nabawi.
Sabda Rasulullah S.A.W :




روى الإمام أحمد، وأبو داود والترمذي وابن ماجة عن معاذ بن جبل رضى الله عنه – حيث قال له النبي صلى الله عليه وسلم – حين بعثه إلى اليمن : بم تحكم؟ قال : بكتاب الله، قال صلى الله عليه وسلم : فإن لم تجد؟ قال : بسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : فإن لم تجد؟ قال : أجتهد رأيى، فضرب في صدره وقال : الحمد الله الذي وفق رسول الله صلى الله عليه وسلم لما يرضى رسول الله صلى الله عليه وسلم.
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah daripada Muaz bin Jabal ra, di mana Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya sewaktu baginda menghantarnya ke Yaman; “Dengan apakah kamu akan membuat hukum?” Beliau menjawab: “Dengan Kitab Allah.” Baginda bersabda lagi: “Jika sekiranya kamu tidak mendapatinya dalam kitab Allah?” Beliau menjawab: “Aku akan menghukumkan dengan Sunnah Rasulullah S.A.W.” Baginda bersabda: “Jika sekiranya kamu tidak mendapati dalam Sunnah Rasulullah?” Muaz menjawab: “Aku akan berijtihad dengan pemikiranku (untuk memetik hukum-hukum daripada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W.) Maka Baginda pun menggosok-gosok dadanya serta bersabda: “Alhamdulillah! Allah telah member taufiq kepada perutusan Rasulullah S.A.W yang memuaskan hati Rasulullah S.A.W.” 

Hal ini menunjukkan bahawa ulama’-ulama’ berpendapat sumber hukum dan perundangan Islam ialah Al-Quran, Sunnah dan ijtihad (yang mengandungi ijma’, qias dan lain-lain lagi).
Selain itu, bukanlah sekadar adab dengan Allah dan RasulNya dalam perkara dasar dan hukum, ia juga merangkumi peraturan berbicara dengan Rasulullah S.A.W. Peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T di dalam kitab suciNya ialah tidak mengangkat suara yang tinggi apabila berbicara di hadapan Rasulullah S.A.W. Ini merupakan satu adab yang diajar oleh Allah S.W.T kepada orang-orang yang beriman. Rasulullah S.A.W bukan setakat seorang rasul yang diutuskan bahkan baginda juga seorang ketua negara dan ketua jemaah muslimin. Hal ini menunjukkan satu peradaban dan peraturan berbicara antara ahli dengan para pemimpin. Allah S.W.T telah mengatakan bahawa orang yang tidak mengangkat suaranya di hadapan Rasulullah sebagai orang yang menguji imannya dan takwanya kepada Allah akan tetapi jika sebaliknya maka itu golongan yang kurang akalnya. Oleh sebab itu ada sarjana Islam mengatakan jika seseorang itu mahu menziarahi pemimpinnya hendaklah pada waktu yang sesuia supaya tidak mengganggu waktu rehat mereka untuk mereka menghadapi pelbagai cabaran yang bakal mereka tempuhi nanti.



Surah ini juga memberitahu kepada kite apabila datangnya sesuatu berite hendaklah diselidik dahulu sama ada berite benar atau khabar angin yang cube merosakkan keutuhan sesebuah jemaah islam itu. Banyak peristiwa buruk berlaku dalam jemaah islam disebabkan tidak menyelidik dahulu berite yang tersebar di kalangan mereka. Hal ini akan member satu impak yang sangat negatif kepada keutuhan sesebuah ahli jemaah. Elakkan daripada perkara-perkara ini berlaku dalam sesebuah jemaah islam.


Surah ini juga memberitahu kepada kite supaya mengajak bersatu padu kerana semua orang islam adalah bersaudara walaupun berlainan kulit, warna, keturunan dan sebagainya. Malah seandainya berlaku pertelingkahan hendaklah didamaikan kerana ia membawa kepada rahmat Allah S.W.T. Jika kuat ukhuwwah sesame umat islam, musuh islam tidak berani untuk menghancurkan Islam. Untuk mempertahankan kekuatan jemaah hendaklah seseorang itu tidak membuat tuduhan melulu, memburuk-burukkan orang lain, mempersendakan antara satu sama lain. Ingatlah sebenarnye kite semua adalah same dan yang membezakan antara kite hanyalah takwa. Maka itulah orang yang paling mulia di sisi Allah S.W.T.

Surah ini juga menganjur kite supaya tidak menonjolkan diri tetapi ia menganjurkan keikhlasan, kejujuran dan dan pengorbanan dalam meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Sifat menonjolkan diri ini bukanlah sifat yang baik untuk diamalkan dan ia juga bukan sifat yang ada pada manusia. Sifat ini merupakan sifat yang tidak elok untuk manusia praktikkan dalam kehidupan sebagai umat islam yang berjuang dalam jalan Allah yang mulia ini.


Setakat ini sahaja tafsir hujurat bahagian pertama, insyaallah kite akan bersambung pada sesi akan datang..Assalamualaikum..

copypaste from blog Muhammad Firdaus - http://firdaus-albahanji.blogspot.com 

No comments: